{"id":485,"date":"2015-06-26T01:36:00","date_gmt":"2015-06-26T09:36:00","guid":{"rendered":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/cuepacs-hantar-memorandum-bantah-beku-ambil-kakitangan-baharu\/"},"modified":"2015-06-26T01:36:00","modified_gmt":"2015-06-26T09:36:00","slug":"cuepacs-hantar-memorandum-bantah-beku-ambil-kakitangan-baharu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/cuepacs-hantar-memorandum-bantah-beku-ambil-kakitangan-baharu\/","title":{"rendered":"CUEPACS HANTAR MEMORANDUM BANTAH BEKU AMBIL KAKITANGAN BAHARU"},"content":{"rendered":"<div dir=\"ltr\" style=\"text-align: left\">\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: x-small\">Bernama<\/span><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: x-small\">25\/6\/2015<\/span><\/p>\n<p>      KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) &#8212; Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam  Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan menghantar memorandum bantahan terhadap  cadangan pembekuan pengambilan kakitangan dan pewujudan jawatan baharu  dalam sektor awam dalam masa terdekat.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Presidennya Datuk Azih Muda berkata tindakan itu perlu kerana cadangan  kerajaan itu dikhuatiri akan memberi kesan besar terhadap graduan  universiti yang baharu menamatkan pelajaran selain menambah masalah  kekurangan kakitangan yang berkhidmat dalam sesuatu sektor.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>&#8220;Penjawat awam negara ini tidak seperti negara-negara lain yang  mengkelaskan perkhidmatan wajib iaitu pendidikan, tentera, polis dan  kesihatan di luar sektor awam.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>&#8220;Di negara ini, kita campur semua sekali, sebab itu dilihat ramai.  Tetapi (hakikatnya) kalau kita pergi sesuatu tempat (sektor perkhidmatan  awam), ada yang mengadu, sana tak cukup kakitangan, sini tak cukup  kakitangan,&#8221; katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Kongres  CUEPACS di Kuala Lumpur, Khamis.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Azih berkata jumlah penjawat awam negara ini hanya kira-kira 500,000 sahaja.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Kerajaan sebelum ini telah mengeluarkan arahan pembekuan pengambilan  kakitangan dan pewujudan jawatan baharu bagi semua kementerian, jabatan  dan agensi berkuat kuasa 22 April lepas.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Bagaimanapun, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri  Mahmood Adam sebelum ini dilaporkan berkata jawatan kritikal dalam  kerajaan masih terbuka kepada pengambilan baharu.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Dalam pada itu, Azih mengulangi gesaan supaya kerajaan mempercepat  penambahbaikan terhadap 252 skim perkhidmatan awam seperti yang  diluluskan dalam Bajet 2015.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Kerajaan, katanya diharap segera mempertimbangkan skim itu bagi  memastikan ia tidak melewati Bajet 2016 yang dijangka dibentangkan pada  Oktober tahun ini.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>&#8220;Kalau dimasukkan perbentangan bajet akan datang, bermakna ia untuk  tahun 2016, sedangkan kami nakkan pelaksanaan penambahbaikan kepada 252  skim ini dikuat kuasa mulai Januari 2015.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>&#8220;Kami bimbang kerana ramai penjawat awam yang mungkin bersara tanpa merasai perubahan dalam skim perkhidmatan mereka,&#8221; katanya.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Azih berkata antara kandungan 252 skim tersebut adalah berkaitan  kemajuan kerjaya dan pembangunan dalam skim perkhidmatan yang antara  lain menetapkan bahawa tidak ada lagi gaji di bawah paras kemiskinan.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>&#8211;BERNAMA<\/span><\/div>\n<\/div>\n<p><a href='http:\/\/cuepacs.blogspot.com\/2015\/06\/cuepacs-hantar-memorandum-bantah-beku.html'>baca selanjutnya>><\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bernama 25\/6\/2015 KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) &#8212; Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan menghantar memorandum bantahan terhadap cadangan pembekuan pengambilan kakitangan dan pewujudan jawatan baharu dalam sektor awam dalam masa terdekat. Presidennya Datuk Azih Muda berkata tindakan itu perlu kerana cadangan kerajaan itu dikhuatiri akan memberi kesan besar terhadap graduan universiti yang baharu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":268,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[5],"tags":[],"class_list":["post-485","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-dari-cuepacs"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/485","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/268"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=485"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/485\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=485"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=485"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=485"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}