{"id":491,"date":"2015-07-11T02:30:00","date_gmt":"2015-07-11T10:30:00","guid":{"rendered":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/penjawat-awam-perlu-runding-kaedah-pembayaran-ptptn-kp-perkhidmatan-awam\/"},"modified":"2015-07-11T02:30:00","modified_gmt":"2015-07-11T10:30:00","slug":"penjawat-awam-perlu-runding-kaedah-pembayaran-ptptn-kp-perkhidmatan-awam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/penjawat-awam-perlu-runding-kaedah-pembayaran-ptptn-kp-perkhidmatan-awam\/","title":{"rendered":"PENJAWAT AWAM PERLU RUNDING KAEDAH PEMBAYARAN PTPTN &#8211; KP PERKHIDMATAN AWAM"},"content":{"rendered":"<div dir=\"ltr\" style=\"text-align: left\">\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: x-small\">Bernama<br \/>10\/7\/2015<\/span><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/><\/span><\/div>\n<p><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">   <\/span><\/p>\n<div class=\"NewsText\" style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">  PUTRAJAYA, 10 Julai (Bernama) &#8212; Penjawat awam perlu berunding kaedah  penyelesaian pembayaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi  Nasional (PTPTN) mengikut kemampuan masing-masing, kata Ketua Pengarah  Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Beliau berkata penjawat awam juga dikehendaki berjumpa dengan pihak  PTPTN untuk menetapkan kadar minimum jumlah potongan gaji bulanan agar  ia tidak membebankan kewangan mereka.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Katanya pihak PTPTN akan melawat setiap agensi kerajaan dan kementerian  dan berjumpa dengan penjawat awam berkenaan untuk tujuan pembayaran  balik pinjaman pendidikan itu.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> &#8220;Kita mahu semua agensi dan kementerian membuat pemotongan gaji bulanan  mulai September ini. Kita memilih September kerana kita faham umat  Islam sedang membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> &#8220;Jadi, masih ada masa untuk membuat rundingan dengan PTPTN berhubung  pembayaran itu,&#8221; katanya kepada pemberita selepas menyampaikan surat  arahan kepada para Ketua Setiausaha (KSU) dan Setiausaha Kerajaan Negeri  (SUK) bagi pembayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Surat arahan itu mengandungi senarai nama penjawat awam yang membuat  pinjaman PTPTN agar mereka membayar balik melalui potongan gaji.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> &#8220;Selain menyelesaikan pinjaman, penjawat awam juga membantu pihak PTPTN  untuk memperoleh dana yang mencukupi bagi menampung kos yuran pengajian  dan kos sara hidup di institusi pengajian tinggi awam dan swasta  generasi akan datang,&#8221; katanya.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Pada Isnin lalu, Mohamad Zabidi berkata kesemua 163,007 penjawat awam  yang tidak membuat pembayaran dan tidak konsisten menyelesaikan pinjaman  PTPTN diwajibkan membuat bayaran melalui potongan gaji.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Sementara itu, Ketua Eksekutif PTPTN Agos Cholan berkata penjawat awam  boleh membuat perjanjian pembayaran balik yang baharu sekiranya mereka  tidak bersetuju kepada cadangan pihak PTPTN mengenai pembayaran bulanan  itu.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> &#8212; BERNAMA <\/span><\/div>\n<\/div>\n<p><a href='http:\/\/cuepacs.blogspot.com\/2015\/07\/penjawat-awam-perlu-runding-kaedah.html'>baca selanjutnya>><\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bernama10\/7\/2015 PUTRAJAYA, 10 Julai (Bernama) &#8212; Penjawat awam perlu berunding kaedah penyelesaian pembayaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengikut kemampuan masing-masing, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal. Beliau berkata penjawat awam juga dikehendaki berjumpa dengan pihak PTPTN untuk menetapkan kadar minimum jumlah potongan gaji bulanan agar ia tidak membebankan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":268,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[5],"tags":[],"class_list":["post-491","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-dari-cuepacs"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/491","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/268"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=491"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/491\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=491"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=491"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=491"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}