{"id":502,"date":"2015-07-14T02:27:00","date_gmt":"2015-07-14T10:27:00","guid":{"rendered":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/?p=502"},"modified":"2015-07-14T02:27:00","modified_gmt":"2015-07-14T10:27:00","slug":"cuepacs-minta-kerajaan-tambah-baik-urusan-pembiayaan-pinjaman-perumahan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/cuepacs-minta-kerajaan-tambah-baik-urusan-pembiayaan-pinjaman-perumahan\/","title":{"rendered":"CUEPACS MINTA KERAJAAN TAMBAH BAIK URUSAN PEMBIAYAAN PINJAMAN PERUMAHAN"},"content":{"rendered":"<div dir=\"ltr\" style=\"text-align: left\">\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: x-small\">Bernama<\/span><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: x-small\">13\/7\/2015<\/span><br \/><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/><\/span><\/div>\n<p><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">   <\/span><\/p>\n<div class=\"NewsText\" style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">  KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) &#8212; Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja  di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan menambah baik  urusan pembiayaan pinjaman perumahan untuk penjawat awam yang dilihat  membebankan pada ketika ini.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda berkata kerajaan diminta melihat  semula kaedah-kaedah yang diguna pakai dalam memproses sesebuah  permohonan pinjaman itu.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> &#8220;Rungutan yang kami dengar hari ini, kami amat kecewa kerana ada  pinjaman perumahan ambil masa setahun setengah untuk diluluskan dan  bayangkan kalau setahun setengah nak lulus, harga rumah dah berapa?.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> &#8220;Harapan penjawat awam untuk membeli rumah pada masa sekarang, dia  bergantung kepada keperluan sumber kewangan daripada bahagian pinjaman  perumahan dan kalau ia tidak mampu beroperasi dengan baik, akhirnya  penjawat awam ini tidak mampu membeli rumah pada harga yang dia mampu  nak beli,&#8221; katanya.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar mengenai isu perumahan dan  jalan raya bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Pudu Sentral di  sini, Isnin.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Sehubungan itu, Azih meminta Kementerian Kewangan melihat semula  kelemahan yang berlaku dalam bahagian pinjaman perumahan sekali gus  menangguh sementara urusan pemindahan bahagian itu kepada badan berkanun  selagi masalah pinjaman itu tidak selesai.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> &#8220;Kita tidak mahu ada persepsi bahawa nak kerja di bahagian pinjaman  perumahan ni sebab nak kejar gaji mahal. Bila sudah dikorporatkan  mungkin gaji lebih mahal,&#8221; katanya.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah  sebelum ini berkata kerajaan telah menubuhkan sebuah badan berkanun yang  dikenali sebagai Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) di  bawah Kementerian Kewangan untuk menguruskan semua perkara berkaitan  pinjaman perumahan penjawat awam.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> LPPSA akan memastikan pinjaman perumahan dibuat secara lebih efisien  dengan mengekalkan segala terma dan kemudahan sedia ada, katanya.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Turut hadir, Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Mereka kemudiannya, mengadakan pemeriksaan bas-bas yang membawa penumpang sempena perayaan Aidilfitri.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> &#8212; BERNAMA  <\/span><\/div>\n<\/div>\n<p><a href='http:\/\/cuepacs.blogspot.com\/2015\/07\/cuepacs-minta-kerajaan-tambah-baik.html'>baca selanjutnya>><\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bernama 13\/7\/2015 KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) &#8212; Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan menambah baik urusan pembiayaan pinjaman perumahan untuk penjawat awam yang dilihat membebankan pada ketika ini. Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda berkata kerajaan diminta melihat semula kaedah-kaedah yang diguna pakai dalam memproses sesebuah permohonan pinjaman itu. &#8220;Rungutan yang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":268,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[5],"tags":[],"class_list":["post-502","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-dari-cuepacs"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/502","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/268"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=502"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/502\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=502"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=502"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=502"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}