{"id":512,"date":"2015-08-03T12:26:00","date_gmt":"2015-08-03T20:26:00","guid":{"rendered":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/malaysia-akan-teruskan-rundingan-tppa-berasakan-mandat-untuk-pertahan-dan-promosi-kepentingan-negara\/"},"modified":"2015-08-03T12:26:00","modified_gmt":"2015-08-03T20:26:00","slug":"malaysia-akan-teruskan-rundingan-tppa-berasakan-mandat-untuk-pertahan-dan-promosi-kepentingan-negara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/malaysia-akan-teruskan-rundingan-tppa-berasakan-mandat-untuk-pertahan-dan-promosi-kepentingan-negara\/","title":{"rendered":"MALAYSIA AKAN TERUSKAN RUNDINGAN TPPA BERASAKAN MANDAT UNTUK PERTAHAN DAN PROMOSI KEPENTINGAN NEGARA"},"content":{"rendered":"<div dir=\"ltr\" style=\"text-align: left\">\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: x-small\">Bernama<br \/>1\/8\/2015<\/span><\/span><\/div>\n<h1 style=\"text-align: justify\">   <\/h1>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><\/span><br \/><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><\/span><\/div>\n<div class=\"NewsText\" style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">  KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) &#8212; Malaysia akan meneruskan rundingan  Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) berasaskan mandat yang  diberikan kabinet untuk mempertahan dan mempromosi kepentingan negara,  kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa  Mohamed.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Pada Mesyuarat Peringkat Menteri TPP di Maui, Hawaii, Malaysia  mengetengahkan kebimbangan dan sensitiviti spesifik bidang pemerolehan  kerajaan, perusahaan milik negara dan isu Bumiputera memandangkan isu  tertangguh ini menyentuh perlembagaan dan merupakan antara teras dasar  negara.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Mengenai hak harta intelek, Mustapa berkata pendirian Malaysia dalam  rundingan itu bertujuan memastikan orang awam mempunyai akses kepada  ubat dan penjagaan kesihatan pada harga berpatutan, dan pada masa yang  sama menyediakan insentif perlu untuk pembangun inovasi menghasilkan  ubat-ubatan baharu.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Mengenai akses pasaran, Malaysia sudah memuktamadkan rundingan dengan  kebanyakan pihak, yang membolehkan duti import kebanyakan produk  dimansuhkan.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, Peru,  Singapura, Amerika Syarikat, New Zealand dan Vietnam terlibat dalam  rundingan TPP.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>&#8220;Hasil rundingan ini akan membuka peluang kepada akses pasaran, terutama  dalam pasaran di mana Malaysia tidak menjalin Perjanjian Perdagangan  Bebas seperti Amerika Syarikat, Kanada, Mexico dan Peru.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>&#8220;Ia akan memberi kelebihan saingan kepada pengeksport Malaysia  berbanding persaing serantaunya dalam pengeksportan produk seperti  elektrik dan elektronik, produk kimia, minyak sawit, getah, kayu,  tekstil serta komponen dan peralatan automotif,&#8221; kata Mustapa dalam satu  kenyataan Sabtu.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Mustapa berkata Malaysia terlibat dalam rundingan TPP disebabkan negara   yakin dapat mempromosi agenda perdagangan dan pelaburan negara.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Sebagai ekonomi terbuka dan merupakan negara yang menerima manfaat  daripada regim perdagangan dan pelaburan terbuka, kita perlu bergerak  selari dengan perkembangan serantau, katanya.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Malaysia akan terus meningkatkan kefahaman rakyat mengenai TPP selain  perundingan dengan Kaukus Parlimen, masyarakat sivil dan pemegang  kepentingan yang lain bagi berkongsi pendirian kerajaan terhadap  pelbagai isu.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>&#8220;Kami mahu menegaskan bahawa jika rundingan TPP dimuktamadkan, teksnya  akan dibentangkan di Parlimen untuk perbahasan. Sama ada Malaysia akan  menjadi pihak dalam TPP merupakan keputusan secara kolektif,&#8221; jelas  Mustapa.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Beliau berkata pendirinya kukuh kerajaan bertujuan memastikan kedaulatan  perlembagaan dan dasar teras seperti agenda Bumiputera dilindungi dan  didukung.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Mesyuarat Peringkat Menteri TPP berlangsung di Maui dari 28 hingga 31 Julai.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Ia didahului dengan mesyuarat Ketua-Ketua Perunding TPP dari 24 hingga 27 Julai.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Pada akhir mesyuarat itu, masih ada beberapa isu yang memerlukan setiap  wakil negara membincangkannya dengan kerajaan dan pemegang kepentingan  masing-masing.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>&#8212; BERNAMA <\/span><\/div>\n<\/div>\n<p><a href='http:\/\/cuepacs.blogspot.com\/2015\/08\/malaysia-akan-teruskan-rundingan-tppa.html'>baca selanjutnya>><\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bernama1\/8\/2015 KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) &#8212; Malaysia akan meneruskan rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) berasaskan mandat yang diberikan kabinet untuk mempertahan dan mempromosi kepentingan negara, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.Pada Mesyuarat Peringkat Menteri TPP di Maui, Hawaii, Malaysia mengetengahkan kebimbangan dan sensitiviti spesifik bidang pemerolehan kerajaan, perusahaan milik negara [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":268,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[5],"tags":[],"class_list":["post-512","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-dari-cuepacs"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/512","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/268"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=512"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/512\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=512"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=512"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=512"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}