{"id":536,"date":"2015-08-15T03:09:00","date_gmt":"2015-08-15T11:09:00","guid":{"rendered":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/ksn-saran-taska-di-kementerian-jabatan-kerajaan-guna-modul-permata\/"},"modified":"2015-08-15T03:09:00","modified_gmt":"2015-08-15T11:09:00","slug":"ksn-saran-taska-di-kementerian-jabatan-kerajaan-guna-modul-permata","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/ksn-saran-taska-di-kementerian-jabatan-kerajaan-guna-modul-permata\/","title":{"rendered":"KSN SARAN TASKA DI KEMENTERIAN, JABATAN KERAJAAN GUNA MODUL PERMATA"},"content":{"rendered":"<div dir=\"ltr\" style=\"text-align: left\">\n<p><\/p>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">Bernama<br \/>14\/8\/2015<\/p>\n<p><\/span>     <span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span id=\"newsPic2\"><img decoding=\"async\" border=\"1\" class=\"\" src=\"http:\/\/newsdata2.bernama.com\/bernama\/newspic\/am\/FW412357_PTJ05_140815_KSN_CEK-scr.jpg\" width=\"300\/\" \/><br \/><span style=\"font-size: x-small\">Ketua  Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa menyampaikan replika cek  sumbanagn kepada wakil-wakil Puspanita ketika merasmikan Taska-Tabika  Permata Puspanita Jabatan Perdana Menteri, <\/span><\/p>\n<p>Jumaat. <\/span>PUTRAJAYA, 14  Ogos  (Bernama) &#8212; Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa  menyarankan taman asuhan kanak-kanak (Taska) di kementerian atau jabatan  kerajaan menggunakan modul Program Permata Negara (Permata), yang  dibangunkan melalui kajian komprehensif, dalam pembelajaran.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Pengajaran dan pembelajaran terkini membentuk daya pemikiran  kanak-kanak yang lebih kreatif dan inovatif, katanya semasa merasmikan  Taska-Tabika Permata Puspanita, Jabatan Perdana Menteri (JPM) di  Kompleks B JPM di sini, hari ini.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Taska-Tabika dua tingkat bernilai RM4.5 juta itu, yang dibina  berasingan dari premis kerajaan, beroperasi sejak Januari lepas dan  mempunyai 373 pelajar.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Ditubuhkan pada 2010, Permata yang dinaungi isteri Perdana Menteri  Datin Seri Rosmah Mansor, menawarkan pendekatan alternatif dalam bidang  asuhan dan didikan awal kanak-kanak.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Program itu menekankan pembinaan keupayaan untuk merangsang minda  menggunakan kaedah meneroka, mencuba dan mengalami sendiri melalui  pendekatan bersesuaian dan menyeronokkan sesuai dengan fitrah semulajadi  mereka.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Kurikulum Permata dibentuk sekumpulan pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak  dari kalangan pensyarah-pensyarah universiti setelah mengkaji pelbagai  kurikulum sedia ada yang diguna pakai di seluruh dunia.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Dalam pada itu, Ali berkata semua bangunan kerajaan digalakkan menyedia  kemudahan Taska dan Tabika (taman bimbingan kanak-kanak) bagi  memberikan kemudahan dan ketenangan kepada ibu bapa semasa bekerja.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Pada majlis itu, Ali yang juga Penaung Puspanita, menyampaikan  sumbangan badan itu berjumlah RM65,600 kepada 30  rumah kebajikan, 36  penjawat awam di JPM yang berstatus ibu tunggal serta 328 pelajar Taska  dan Tadika (taman didikan kanak-kanak) dari seluruh negara.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Turut hadir Yang Dipertua Puspanita Kebangsaan Puan Sri Rohani Abdullah.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> &#8212; BERNAMA<\/span><\/div>\n<\/div>\n<p><a href='http:\/\/cuepacs.blogspot.com\/2015\/08\/ksn-saran-taska-di-kementerian-jabatan.html'>baca selanjutnya&gt;&gt;<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bernama14\/8\/2015 Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa menyampaikan replika cek sumbanagn kepada wakil-wakil Puspanita ketika merasmikan Taska-Tabika Permata Puspanita Jabatan Perdana Menteri, Jumaat. PUTRAJAYA, 14 Ogos (Bernama) &#8212; Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa menyarankan taman asuhan kanak-kanak (Taska) di kementerian atau jabatan kerajaan menggunakan modul Program Permata Negara (Permata), yang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":268,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[5],"tags":[],"class_list":["post-536","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-dari-cuepacs"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/536","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/268"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=536"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/536\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=536"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=536"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=536"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}