{"id":538,"date":"2015-08-18T09:26:00","date_gmt":"2015-08-18T17:26:00","guid":{"rendered":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/?p=538"},"modified":"2015-08-18T09:26:00","modified_gmt":"2015-08-18T17:26:00","slug":"penjawat-awam-rugi-lebih-rm-50-juta-ditipu-pemaju-haram-cuepacs","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/penjawat-awam-rugi-lebih-rm-50-juta-ditipu-pemaju-haram-cuepacs\/","title":{"rendered":"PENJAWAT AWAM RUGI LEBIH RM 50 JUTA DITIPU PEMAJU HARAM- CUEPACS"},"content":{"rendered":"<div dir=\"ltr\" style=\"text-align: left\">\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: x-small\">Berita Harian<br \/>18\/8\/2015<\/span><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">KUALA LUMPUR: Kira-kira  1,000 penjawat awam menanggung kerugian lebih RM50 juta akibat  terpedaya dengan tawaran pemaju perumahan tidak berlesen, menurut  Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).  Berdasarkan aduan yang disalurkan secara bersemuka dan e-mel, CUEPACS  bimbang nilai kerugian akan meningkat jika tiada campur tangan kerajaan.  Presidennya, Datuk Azih Muda, berkata majoriti mangsa yang tertipu ialah  kalangan askar yang ditawarkan rumah pada harga mampu milik dan  kelulusan segera pinjaman perumahan.<\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">Bagaimanapun, katanya,  selepas hampir 10 tahun urus niaga pembelian rumah selesai dan potongan  gaji dilaksanakan, kediaman yang dijanjikan pemaju masih terbengkalai.  &#8220;Deposit berjumlah RM36,000 sudah dibayar ke syarikat pemaju tetapi  sampai 10 tahun, hanya tiang rumah yang didirikan.<\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">&nbsp;Di Kelantan saja,  sebanyak 12 projek terbengkalai angkara syarikat pemaju tidak berlesen.  &#8220;Justeru, kerajaan wajar campur tangan dengan mengambil tindakan  terhadap syarikat pemaju tidak berlesen ini, selain merangka mekanisme  untuk membantu menyelesaikan masalah penjawat awam yang <\/span><\/div>\n<div class=\"separator\" style=\"clear: both;text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><a href=\"http:\/\/3.bp.blogspot.com\/-YPJZSafzOEY\/VdL56X67pQI\/AAAAAAAAB3c\/gFK5C7ZqRYo\/s1600\/%2528CUEPACS0223.transformed.jpg\" style=\"clear: right;float: right;margin-bottom: 1em;margin-left: 1em\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" border=\"0\" height=\"213\" src=\"http:\/\/3.bp.blogspot.com\/-YPJZSafzOEY\/VdL56X67pQI\/AAAAAAAAB3c\/gFK5C7ZqRYo\/s320\/%2528CUEPACS0223.transformed.jpg\" width=\"320\" \/><\/a><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">ditipu,&#8221; katanya  pada sidang media hari ini  Azih berkata, kerajaan antara lain perlu memantau syarat kelulusan  permohonan di peringkat Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) dan Jabatan  Perumahan Negara (JPN).  CUEPACS, katanya, bersedia menyalurkan bantuan berkaitan jika kerajaan  berhasrat mengadakan rundingan dengan BPP dan JPN untuk menangani  masalah penjawat yang ditipu syarikat pemaju tidak berlesen.  &#8220;Sindiket penipuan jual rumah ini semakin membimbangkan kerana mereka  mencari mangsa hampir di merata tempat, termasuk pasar malam dan pusat  beli-belah.  &#8220;Kelantan setakat ini merekodkan jumlah mangsa paling ramai kerana  hampir 13,000 askar ditipu syarikat pemaju tidak berlesen dalam tempoh  10 tahun.<\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">&nbsp;&#8220;Selain itu, kegiatan sama turut berlaku di Bukit Beruntung, Selangor,  Kuala Kangsar (Perak), Kota Bharu (Kelantan), Kuala Terengganu  (Terengganu), Kota Kinabalu (Sabah) dan Kuching (Sarawak),&#8221; katanya.  Dalam perkembangan lain, Azih mahu kerajaan mempercepatkan pelaksanaan  penetapan gaji minimum daripada RM900 ke RM1,200.  Katanya, anjakan gaji untuk 252 skim perkhidmatan di sektor awam itu  berupaya membantu penjawat kerajaan untuk menyerap kesan kenaikan kos  sara hidup, khususnya di bandar.<\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">&nbsp;&#8220;Kita yakin pertimbangan &#8216;kecil&#8217; untuk kebajikan penjawat awam yang  berpendapatan rendah ini tidak membebankan kerajaan, sebaliknya memberi  galakan kepada mereka untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan,&#8221; katanya.  PRESIDEN Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam  (CUEPACS), Datuk Azih Muda (kiri) ketika sidang media di Wisma Cuepacs  Jln Pudu, sambil diperhatikan oleh Setiausaha Agung, Datuk Lok Yim  Pheng.- Foto Yazit Razali<\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><\/div>\n<p><a href=\"http:\/\/www.bharian.com.my\/node\/75613\"><\/a><\/div>\n<p><a href='http:\/\/cuepacs.blogspot.com\/2015\/08\/penjawat-awam-rugi-lebih-rm-50-juta.html'>baca selanjutnya&gt;&gt;<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Berita Harian18\/8\/2015 KUALA LUMPUR: Kira-kira 1,000 penjawat awam menanggung kerugian lebih RM50 juta akibat terpedaya dengan tawaran pemaju perumahan tidak berlesen, menurut Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS). Berdasarkan aduan yang disalurkan secara bersemuka dan e-mel, CUEPACS bimbang nilai kerugian akan meningkat jika tiada campur tangan kerajaan. Presidennya, Datuk Azih Muda, berkata majoriti mangsa [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":268,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[5],"tags":[],"class_list":["post-538","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-dari-cuepacs"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/538","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/268"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=538"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/538\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=538"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=538"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=538"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}