{"id":540,"date":"2015-08-19T11:05:00","date_gmt":"2015-08-19T19:05:00","guid":{"rendered":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/?p=540"},"modified":"2015-08-19T11:05:00","modified_gmt":"2015-08-19T19:05:00","slug":"penjawat-awam-tanggung-kerugian-rm50-juta-akibat-rumah-dibeli-terbengkalai-cuepacs","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/penjawat-awam-tanggung-kerugian-rm50-juta-akibat-rumah-dibeli-terbengkalai-cuepacs\/","title":{"rendered":"PENJAWAT AWAM TANGGUNG KERUGIAN RM50 JUTA AKIBAT RUMAH DIBELI TERBENGKALAI &#8211; CUEPACS"},"content":{"rendered":"<div dir=\"ltr\" style=\"text-align: left\">\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: x-small\">Bernama<br \/>18\/8\/2015<\/span><\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><\/div>\n<div class=\"NewsText\" style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">  KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) &#8212; Kerugian yang dialami golongan  penjawat awam akibat membeli rumah daripada syarikat pemaju perumahan  yang tidak bertanggungjawab dianggarkan melebihi RM50 juta dalam tempoh  10 tahun, kata Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam  (Cuepacs) itu berkata, sehingga hari ini, pihaknya telah menerima lebih  daripada 1,000 aduan daripada penjawat awam yang berkhidmat di seluruh  negara, dan majoritinya ialah daripada golongan tentera.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>&#8220;Ada antara mereka yang telah membuat pembayaran deposit setinggi  RM36,000, ada yang telah dipotong gaji tetapi sehingga hari ini rumah  tak ada &#8230; dan tiada siapa yang tampil membantu mereka.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Sesetengah kes pula, apabila diadu kepada Jabatan Perumahan Negara  (JPN), mangsa dimaklumkan bahawa syarikat pemaju ini tidak mempunyai  lesen, dan ini lebih merumitkan keadaan,&#8221; katanya pada sidang media di  Wisma Cuepacs, di sini hari ini.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Azih berkata, Cuepacs mahu pihak kerajaan, khususnya Kementerian  Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dapat melihat  perkara ini secara serius kerana ia membebankan mangsa-mangsa yang  terdesak untuk memiliki kediaman sendiri.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Selain itu, Azih berkata, beliau mahu Cuepacs diberi peranan yang lebih  luas dalam menyuarakan pendapat berkenaan isu perumahan itu, serta  diberi peluang untuk berbincang dengan Kementerian Kewangan dalam usaha  menyelesaikan kemelut.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Mengenai pembentangan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib  Tun Razak Oktober ini, Azih berkata, pihaknya berharap agar kerajaan  dapat menggunakan hasil dari kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)  untuk membantu empat golongan sasar, iaitu kanak-kanak, orang kurang  upaya (OKU), warga emas, dan golongan berpendapatan rendah.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Beliau berkata, empat golongan ini antara yang terjejas teruk akibat peningkatan kos sara hidup sejak kebelakangan ini.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>&#8220;Kita minta kerajaan kaji semula dalam bajet Oktober nanti, atau di luar  pembentangan bajet, supaya keperluan untuk anak-anak, OKU, orang tua,  dan orang miskin ini hendaklah dibantu,&#8221; katanya lagi.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Selain itu, Azih berkata, Cuepacs mengulangi gesaannya agar kerajaan  dapat percepatkan pelaksanaan penambahbaikan 252 skim perkhidmatan  dengan cadangan gaji minimum baharu RM1,200.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Beliau berkata, pelaksanaan itu dapat membantu mereka yang berada dalam  Kumpulan Pelaksana I dan II serta kumpulan menengah dalam menangani  kenaikan kos sara hidup.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>&#8212; BERNAMA   <\/span><\/div>\n<\/div>\n<p><a href='http:\/\/cuepacs.blogspot.com\/2015\/08\/penjawat-awam-tanggung-kerugian-rm50.html'>baca selanjutnya&gt;&gt;<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bernama18\/8\/2015 KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) &#8212; Kerugian yang dialami golongan penjawat awam akibat membeli rumah daripada syarikat pemaju perumahan yang tidak bertanggungjawab dianggarkan melebihi RM50 juta dalam tempoh 10 tahun, kata Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda.Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) itu berkata, sehingga hari ini, pihaknya telah menerima lebih daripada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":268,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[5],"tags":[],"class_list":["post-540","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-dari-cuepacs"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/540","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/268"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=540"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/540\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=540"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=540"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=540"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}