{"id":545,"date":"2015-08-23T14:55:00","date_gmt":"2015-08-23T22:55:00","guid":{"rendered":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/penjawat-awam-diingat-tidak-terlibat-mencemar-imej-ksn\/"},"modified":"2015-08-23T14:55:00","modified_gmt":"2015-08-23T22:55:00","slug":"penjawat-awam-diingat-tidak-terlibat-mencemar-imej-ksn","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/penjawat-awam-diingat-tidak-terlibat-mencemar-imej-ksn\/","title":{"rendered":"PENJAWAT AWAM DIINGAT TIDAK TERLIBAT MENCEMAR IMEJ &#8211; KSN"},"content":{"rendered":"<div dir=\"ltr\" style=\"text-align: left\">\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: x-small\">Bernama<br \/>23\/8\/2015<\/span><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>\t \t \t KLUANG,  23 Ogos (Bernama) &#8212; Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali  Hamsa mengingatkan penjawat awam supaya tidak melibatkan diri dalam  sebarang kegiatan atau perbuatan yang mencemar imej perkhidmatan awam,  menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara.<\/p>\n<p> Beliau berkata sebagai pihak yang memikul amanah rakyat selain berikrar  dan menandatangani Aku Janji kepada kerajaan, penjawat awam perlu  mengelakkan sebarang persepsi negatif terhadap kerajaan.<\/p>\n<p> &#8220;Penjawat awam tertakluk kepada Perintah Am, jadi kena ikut peraturan  sedia ada,&#8221; katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama  penjawat awam Johor di kampus Institut Tadbiran Awam Negara (Intan)  Wilayah Selatan, di sini Ahad.<\/p>\n<p> Ali berkata banyak kebocoran maklumat dan dokumen rahsia kerajaan  berlaku kebelakangan ini terutamanya yang disebarkan melalui media  sosial.<\/p>\n<p> Menegaskan perkara terbabit tidak sepatutnya berlaku dan merupakan  kesalahan amat  serius, beliau berkata tindakan tegas akan diambil  terhadap penjawat awam yang membocorkan rahsia-rahsia kerajaan mengikut  undang-undang berkaitan seperti Akta Rahsia Rasmi Kerajaan 1972.<\/p>\n<p> Beliau berkata penjawat awam perlu menilai dengan bijak dan merujuk  kesahihan maklumat daripada pihak berkaitan terlebih dahulu bagi  mengelakkan mereka terjebak dengan penyebaran berita palsu atau fitnah.<\/p>\n<p> Ali berkata dalam masa yang sama mereka juga perlu membantu agensi atau  jabatan masing-masing menghebahkan aktiviti dan maklum balas berkaitan  agensi atau jabatan mereka menerusi laman sosial.<\/p>\n<p> &#8220;Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi pada masa kini  mewujudkan fenomena dunia tanpa sempadan termasuk kemasukan maklumat  tanpa tapisan yang disebar luas dan dikongsi laman Facebook, Twitter,  Instagram dan sebagainya.<\/p>\n<p> &#8220;Namun, dalam kita aktif menggunakan media baharu ini, kita juga harus  sedar bahawa terdapat banyak penipuan yang disebarkan. Oleh itu, sebagai  penjawat awam, kita harus sedar dan bertanggungjawab terhadap apa yang  kita sebarkan di alam maya,&#8221; katanya.<\/p>\n<p> Mengenai perhimpunan Bersih 4.0 yang akan diadakan pada 29 dan 30 Ogos  ini, Ali menasihatkan penjawat awam supaya tidak terlibat dengan  aktiviti seumpama itu dan tindakan sewajarnya akan dikenakan terhadap  mereka yang berdegil.<\/p>\n<p> Katanya, walaupun tidak diketahui dengan jelas apa yang akan  dicadangkan menerusi perhimpunan itu, ia ternyata akan menjejaskan imej  penjawat awam di mata rakyat.<\/p>\n<p> Terdahulu, Ali yang merupakan anak jati Kluang turut melawat Sekolah  Menengah Kebangsaan Tengku Aris Bendahara, di sini, yang merupakan  sekolah lamanya sewaktu menerima pendidikan peringkat menengah dari 1968  hingga 1973.<\/p>\n<p> Pada lawatan itu, beliau yang diiringi isterinya Puan Sri Rohani  Abdullah mengimbas nostalgia zaman persekolahan dengan melawat kelas  lamanya dan berjumpa beberapa rakan sekelas serta guru yang mendidiknya  ketika itu.<\/p>\n<p> &#8212; BERNAMA<\/span><\/div>\n<\/div>\n<p><a href='http:\/\/cuepacs.blogspot.com\/2015\/08\/penjawat-awam-diingat-tidak-terlibat.html'>baca selanjutnya&gt;&gt;<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bernama23\/8\/2015 KLUANG, 23 Ogos (Bernama) &#8212; Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa mengingatkan penjawat awam supaya tidak melibatkan diri dalam sebarang kegiatan atau perbuatan yang mencemar imej perkhidmatan awam, menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara. Beliau berkata sebagai pihak yang memikul amanah rakyat selain berikrar dan menandatangani Aku Janji kepada kerajaan, penjawat awam [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":268,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[5],"tags":[],"class_list":["post-545","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-dari-cuepacs"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/545","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/268"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=545"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/545\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=545"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=545"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=545"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}