{"id":550,"date":"2015-10-13T05:55:00","date_gmt":"2015-10-13T13:55:00","guid":{"rendered":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/?p=550"},"modified":"2015-10-13T05:55:00","modified_gmt":"2015-10-13T13:55:00","slug":"belia-perlu-kikis-sikap-terlalu-pilih-pekerjaan-tangani-pengangguran","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/belia-perlu-kikis-sikap-terlalu-pilih-pekerjaan-tangani-pengangguran\/","title":{"rendered":"BELIA PERLU KIKIS SIKAP TERLALU PILIH PEKERJAAN TANGANI PENGANGGURAN"},"content":{"rendered":"<div dir=\"ltr\" style=\"text-align: left\">\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: x-small\">Bernama<br \/>7\/10\/2015<\/span><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">       KUALA LUMPUR, 7 Okt  (Bernama) &#8212; Golongan belia, terutamanya lepasan  universiti perlu mengikis sikap terlalu memilih pekerjaan sekiranya  mereka tidak mahu terus bergelar penganggur.<\/p>\n<p> Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin  Bardan berkata kadar pengangguran negara sebanyak 3.2 peratus adalah  tidak begitu membimbangkan, namun isunya kadar itu kebanyakannya  merangkumi golongan belia.<\/p>\n<p> &#8220;Kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah untuk membantu mereka  memperoleh pekerjaan, namun sikap itulah yang menyebabkan generasi muda  ini menganggur meskipun berkelayakan.<\/p>\n<p> &#8220;Contohnya, mereka mahukan gaji lumayan tetapi kerja yang ringan, tidak  sanggup untuk bekerja dari bawah untuk menimba pengalaman dan hanya  menumpukan perhatian kepada pekerjaan dalam sektor kolar putih,&#8221; katanya  ketika dihubungi Bernama hari ini.<\/p>\n<p> Shamsuddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai usaha  kerajaan yang mahu membantu seramai 400,000 belia yang layak bekerja  namun masih menganggur di negara ini.<\/p>\n<p> Semalam, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot berkata  kerajaan sedang berusaha untuk menurunkan kadar pengangguran kalangan  belia di negara ini dengan membantu mencari peluang pekerjaan kepada  mereka mengikut sektor bersesuaian.<\/p>\n<p> Shamsuddin dalam pada itu mencadangkan agar kerajaan memberi insentif  kepada sektor swasta untuk melatih graduan yang baru memasuki alam  pekerjaan tetapi menganggur lebih daripada setahun.<\/p>\n<p> &#8220;Latihan yang diberikan kepada graduan bukan sahaja melatih mereka  menyesuaikan diri dalam alam pekerjaan tetapi juga sebagai persediaan  kepada mereka dalam kemahiran mengikut bidang pekerjaan masing-masing,&#8221;  katanya.<\/p>\n<p> Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam  Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Azih Muda berkata majikan seharusnya  mengurangkan pengambilan pekerja asing bagi membuka peluang pekerjaan  kepada rakyat tempatan.<\/p>\n<p> &#8220;Beri peluang kepada golongan belia terutamanya lepasan ijazah atau  diploma yang mempunyai kemahiran teknikal untuk bekerja bagi mengatasi  masalah pengangguran dalam kalangan mereka,&#8221; katanya.<\/p>\n<p> Katanya, selain itu kerajaan juga perlu menggalakkan golongan belia  berdaftar dengan JobsMalaysia dan Jabatan Tenaga Kerja bagi memudahkan  mereka memperoleh peluang pekerjaan.<\/p>\n<p> &#8220;Dengan berdaftar dengan kedua-dua badan ini, mereka bukan sahaja dapat  memperoleh pekerjaan dengan lebih mudah dengan bantuan kerajaan, malah  turut mempunyai peluang menghadiri kempen kerjaya dan menghadiri kursus  persediaan sebelum melangkah ke alam pekerjaan,&#8221; katanya.<\/p>\n<p> Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Mohd Khalid Atan pula   berpendapat kerajaan perlu mengambil serius dengan mengenalpasti lebih  ramai lagi penganggur belia dan membantu mereka mendapatkan pekerjaan  memandangkan kadar pengangguran dalam golongan itu dianggar meningkat  setiap tahun.<\/p>\n<p> &#8220;Setiap tahun pasti ada belia yang menamatkan pengajian mereka di  universiti ataupun di peringkat sekolah, serta ada yang tercicir dalam  persekolahan yang menyebabkan mereka terpaksa bekerja pada usia seawal  umur 15 tahun,&#8221; katanya.<\/p>\n<p> Katanya bagi golongan belia lepasan sekolah yang tidak mendapat tempat  di universiti, mereka digalakkan untuk mempelajari kemahiran vokasional  dengan menyertai Program Transformasi Vokasional dan Teknik (TVET).<\/p>\n<p> Program TVET katanya bukan sahaja membekalkan pendidikan teknikal dan  vokasional kepada mereka dengan kadar yang murah malah dapat menjamin  peluang pekerjaan apabila tamat kursus.<\/p>\n<p> &#8212; BERNAMA<\/span><\/div>\n<\/div>\n<p><a href='http:\/\/cuepacs.blogspot.com\/2015\/10\/belia-perlu-kikis-sikap-terlali-pilih.html'>baca selanjutnya&gt;&gt;<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bernama7\/10\/2015 KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) &#8212; Golongan belia, terutamanya lepasan universiti perlu mengikis sikap terlalu memilih pekerjaan sekiranya mereka tidak mahu terus bergelar penganggur. Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan berkata kadar pengangguran negara sebanyak 3.2 peratus adalah tidak begitu membimbangkan, namun isunya kadar itu kebanyakannya merangkumi golongan belia. &#8220;Kerajaan telah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":268,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[5],"tags":[],"class_list":["post-550","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-dari-cuepacs"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/550","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/268"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=550"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/550\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=550"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=550"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=550"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}