{"id":618,"date":"2016-08-16T20:01:00","date_gmt":"2016-08-16T12:01:00","guid":{"rendered":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/berbiliom-ringgit-dijimatkan-menerusi-nbos-kata-najib\/"},"modified":"2016-08-16T20:01:00","modified_gmt":"2016-08-16T12:01:00","slug":"berbiliom-ringgit-dijimatkan-menerusi-nbos-kata-najib","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/berbiliom-ringgit-dijimatkan-menerusi-nbos-kata-najib\/","title":{"rendered":"BERBILIOM RINGGIT DIJIMATKAN MENERUSI NBOS, KATA NAJIB"},"content":{"rendered":"<div dir=\"ltr\" style=\"text-align: left\">\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: x-small\">Bernama<br \/>16\/8\/2016<\/span><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/><\/span><\/div>\n<p><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">    <\/span><\/p>\n<div class=\"NewsText\" style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">  PUTRAJAYA, 16 Ogos  (Bernama) &#8212; Malaysia berjaya menjimatkan  berbilion  ringgit menerusi pelbagai inisiatif yang dilaksanakan di  bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) sejak 2009, kata Perdana  Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Pusat Transformasi Bandar (UTC), antara kejayaan NBOS, membantu kerajaan  menjimatkan RM1.5 bilion dengan mengubah suai dan menyusun semula  bangunan sedia ada yang kurang dimanfaatkan pada kos serendah mungkin,  katanya.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>&#8220;Kerajaan menyediakan perkhidmatan baharu dan perlu untuk rakyat, dan  menjimatkan wang. Malah, dengan tidak membina dari mula, kita  menyelamatkan  RM100 juta bagi setiap UTC,&#8221; katanya dalam ucapan pada  Persidangan Antarabangsa Strategi Lautan Biru di Pusat Konvensyen  Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>UTC ialah pusat sehenti yang dibuka di seluruh Malaysia yang menyediakan  pelbagai perkhidmatan di bawah satu bumbung dari 8 pagi hingga 10  malam, tujuh hari seminggu.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Najib yang juga Menteri Kewangan,  berkata 35.3 juta pengunjung memanfaatkan  UTC antara Jun 2012 dan Julai 2016.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Selain UTC, beliau berkata penugasan semula kira-kira 7,400 anggota  polis  di barisan hadapan keselamatan negara daripada tugasan di  pejabat, turut menjimatkan sebahagian besar wang kerajaan.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>&#8220;Menerusi penugasan semula, dan tidak mengambil anggota baharu, latihan  dan membayar gaji pegawai baharu, kerajaan menyelamatkan RM1.3 bilion.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>&#8220;Jika tidak, kerajaan perlu berbelanja, manakala tugasan pejabat diisi  oleh  penjawat awam dari jabatan lain, yang memerlukan penyelarasan  dilakukan,&#8221; katanya.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Najib juga berkata latihan bersama dan kerjasama antara polis dan  angkatan tentera menerusi inisiatif NBOS, memberi manfaat besar terhadap  keselamatan negara.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Beliau berkata usaha sama polis-tentera yang berkongsi kemudahan latihan  turut menjimatkan RM700 juta wang kerajaan, dengan tidak perlu membina  pusat-pusat latihan polis yang baharu.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>&#8220;Hakikatnya, kita nampak prinsip Strategi Lautan Biru Kebangsaan memberi  impak yang tinggi pada kos rendah dan pelaksanaan tindakan yang  pantas,&#8221; katanya.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>&#8212; BERNAMA   <\/span><\/div>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bernama16\/8\/2016 PUTRAJAYA, 16 Ogos (Bernama) &#8212; Malaysia berjaya menjimatkan berbilion ringgit menerusi pelbagai inisiatif yang dilaksanakan di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) sejak 2009, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Pusat Transformasi Bandar (UTC), antara kejayaan NBOS, membantu kerajaan menjimatkan RM1.5 bilion dengan mengubah suai dan menyusun semula bangunan sedia ada yang kurang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":268,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[5],"tags":[],"class_list":["post-618","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-dari-cuepacs"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/618","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/268"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=618"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/618\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=618"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=618"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=618"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}