{"id":625,"date":"2016-08-29T06:04:00","date_gmt":"2016-08-28T22:04:00","guid":{"rendered":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/merakyatkan-amanat-amanah-merdeka\/"},"modified":"2016-08-29T06:04:00","modified_gmt":"2016-08-28T22:04:00","slug":"merakyatkan-amanat-amanah-merdeka","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/merakyatkan-amanat-amanah-merdeka\/","title":{"rendered":"MERAKYATKAN AMANAT AMANAH MERDEKA"},"content":{"rendered":"<div dir=\"ltr\" style=\"text-align: left\">\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: x-small\">Bernama<br \/>28\/8\/2016<\/span><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: x-small\">    <\/span><\/span><\/div>\n<div class=\"NewsText\" style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: x-small\">  <b>Oleh Kurniawati Kamarudin<br \/><\/b><\/span><\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>KUALA LUMPUR (Bernama) &#8212; Kita  sedar tidak di semua negara rakyatnya  dapat menjalani kehidupan seharian dalam keadaan aman. Lihat sahaja di  Syria mahupun Palestin. Rakyat hidup dalam ketakutan dan menjadi  pelarian di negara sendiri.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Di negara ini, setiap hari berduyun-duyun rakyat keluar mencari rezeki  dengan bebas tanpa sebarang halangan. Ada yang berkereta, menunggang  motorsikal, menaiki kenderaan awam mahupun berjalan kaki. Segalanya  tersedia di hadapan mata dan terpulang kepada si empunya diri  memilihnya.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Semua ini adalah hasil daripada nikmat kemakmuran kemerdekaan. Namun  berapa ramai yang berusaha memainkan peranan mempertahankannya kerana  kita sedar memgekalkan sebuah kemerdekaan itu lebih sukar daripada  memperjuangkannya.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/><\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><b>MENJAGA AMANAH MERDEKA<\/b><\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Masih ramai yang tidak sedar bahawa kemerdekaan itu satu amanah. Ia  perlu diurus, ditadbir dan dilaksanakan dengan sepenuh kecintaan bagi  memastikan kelangsungannya sampai bila-bila.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Setiap daripada kita berperanan mempertahankannya.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Perdana Menteri pemegang amanah utama bertanggungjawab menjaga  kemerdekaan negara dan rakyat juga harus bersama-sama memegang amanah  dengan memainkan peranan masing-masing dengan menyubur dan  menterjemahkan semangat patriotisme dan cinta kepada negara.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Begitu juga belia yang menjadi penentu masa hadapan negara, boleh  menterjemahkan rasa syukur dengan kemerdekaan melalui pelbagai cara yang  boleh memberi manfaat bukan sahaja kepada dirinya malah negara, menurut  Ahli Parlimen Belia yang juga Tokoh Belia Negara, Suhail Mohamed  Kamaruddin.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Jika mereka seorang pelajar, mereka boleh belajar bersungguh-sungguh  dan akhirnya boleh memberi kebaikan kepada diri, keluarga dan negara  kerana untuk mengekalkan kemerdekaan yang ada mestilah dengan ilmu yang  cukup.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Belia yang masih belajar boleh mengharumkan nama negara dengan  pencapaian cemerlang mereka dalam akademik atau kajian yang dilakukan  kerana kemuliaan sesebuah tamadun hanya apabila rakyat negaranya berilmu  dan berjaya.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> &#8220;Sekiranya belia tersebut sudah bekerja, maka bekerjalah dengan  bersungguh-sungguh penuh integriti dan menggunakan segala kreativiti  yang ada untuk menghasilkan produktiviti yang baik dan bermanfaat.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> &#8220;Pekerja yang baik akan dapat memberikan hasil dan pendapatan negara  yang banyak dan hasil itu akan dapat membantu negara mengekalkan  kemerdekaan dan memajukan bangsanya,&#8221; katanya kepada Bernama.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/><\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><b>PENTINGNYA MERDEKA<\/b><\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Makna perkataan merdeka yang memberi maksud yang sangat luas bagi  membina negara bangsa harus meresap ke dalam jiwa setiap rakyat  Malaysia.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Kemerdekaan bukan sahaja bebas daripada penjajahan dalam bentuk fizikal  dan mental terutama membebaskan daripada segala anasir yang mengawal  kita termasuk jiwa, minda dan ekonomi, demikian menurut Presiden Cuepacs  Datuk Azih Muda.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> &#8220;Membentuk minda dan jiwa merdeka harus difahami kepentingannya kerana  penjajahan pemikiran dan ideolgi lebih berbahaya. Kita tidak mahu hanya  negara sahaja merdeka tetapi sentiasa rasa tidak puas hati pada sesuatu  isu dan sanggup menghianati negara,&#8221; katanya jiwa merdeka harus menerima  apa yang berlaku dan menghayati susah senang perjuangan terdahulu dalam  usaha mempertahankan kemerdekaan.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Beliau berkata, generasi selepas merdeka, yang lahir ketika negara  sudah mencapai kemajuan menjadi tunjang dalam mempertahankan kemerdekaan  dan perlu mengisi kemerdekaan dengan perkara yang bermanfaat kepada  bangsa dan negara.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Jika tidak melalui peperangan atau ideologi, jangan sesekali kita  membenarkan diri dijajah dari segi mental, fizikal mahupun budaya kerana  kita harus memerdekakan segala-galanya, jelas beliau lagi.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> &#8220;Paling penting, dalam negara demokrasi adalah pemimpin yang dipilih  rakyat. Sudah tentu ucapan Perdana Menteri ketika memberi Amanat Merdeka  yang harus diikuti sebagai model.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> &#8220;Jangan menilai suka atau tidak kepada pemimpin itu tetapi menilai dan  mengambil intipati yang disampaikan Perdana Menteri dalam memperkatakan  erti kemerdekaan dalam amanat yang disampaikan,&#8221; katanya.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/><\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><b>AMANAT MERDEKA<\/b><\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Tahun ini adalah tahun ketiga, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun  Razak menyampaikan Amanat Merdeka secara langsung kepada rakyat yang  akan disiarkan di kaca televisyen.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Format baharu menggantikan rakaman perutusan merdeka yang disiarkan  setiap tahun lebih dekat kepada rakyat untuk bersama-sama mengenang dan  menghayati makna kemerdekaan.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Ia merupakan antara empat amanat terpenting oleh Perdana Menteri  selepas pembentangan belanjawan, ucapan presiden semasa Perhimpunan  Agong Umno dan pembentangan laporan Program Transformasi Kerajaan atau  GTP dan Program Transformasi Ekonomi atau ETP, menurut Pengurus Besar  Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) Datuk Zulkefli Salleh.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> &#8220;Tujuannya agar dapat merakyatkan Amanat Merdeka ini supaya menjadi  acara tahunan yang ditunggu-tunggu oleh semua rakyat sepertimana rakyat  menunggu pembentangan belanjawan setiap tahun.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> &#8220;Ini penting untuk mendengar sendiri Perdana Menteri sebagai pemimpin  utama negara yang menjaga amanah kemerdekaan memperkatakan tentang hala  tuju negara dalam mengekal dan mempertahan kemerdekaan,&#8221; katanya  penyampaian Amanat Merdeka Perdana Menteri itu akan berlangsung di PWTC  pada malam ambang merdeka 30 Ogos.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Antara yang menjadi fokus utama sudah tentu aspek perpaduan dan  kesatuan semenanjung, Sabah dan Sarawak serta menyemai kesedaran dalam  kalangan rakyat bagi memperkukuhkan perpaduan serta  pencapaian-pencapaian yang telah dinikmati Malaysia pada hari ini.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Bernama sebagai penganjur buat kali ketiga berharap ia bukan sahaja  dapat menguar-uarkan sebelum dan semasa amanat itu dibacakan tetapi  dapat disusuli dengan pelbagai perbincangan daripada apa yang  diperkatakan Perdana Menteri, katanya.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> BERNAMA <\/span><\/div>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bernama28\/8\/2016 Oleh Kurniawati KamarudinKUALA LUMPUR (Bernama) &#8212; Kita sedar tidak di semua negara rakyatnya dapat menjalani kehidupan seharian dalam keadaan aman. Lihat sahaja di Syria mahupun Palestin. Rakyat hidup dalam ketakutan dan menjadi pelarian di negara sendiri. Di negara ini, setiap hari berduyun-duyun rakyat keluar mencari rezeki dengan bebas tanpa sebarang halangan. Ada yang berkereta, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":268,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[5],"tags":[],"class_list":["post-625","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-dari-cuepacs"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/625","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/268"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=625"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/625\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=625"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=625"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=625"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}