{"id":626,"date":"2016-08-27T21:00:00","date_gmt":"2016-08-27T13:00:00","guid":{"rendered":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/penyertaan-wanita-dalam-tenaga-buruh-di-negara-ini-meningkat\/"},"modified":"2016-08-27T21:00:00","modified_gmt":"2016-08-27T13:00:00","slug":"penyertaan-wanita-dalam-tenaga-buruh-di-negara-ini-meningkat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/penyertaan-wanita-dalam-tenaga-buruh-di-negara-ini-meningkat\/","title":{"rendered":"PENYERTAAN WANITA DALAM TENAGA BURUH DI NEGARA INI MENINGKAT"},"content":{"rendered":"<div dir=\"ltr\" style=\"text-align: left\">\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: x-small\">Bernama<br \/>27\/8\/2016<\/span><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/><\/span><\/div>\n<p><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><\/span><\/p>\n<div class=\"NewsText\" style=\"text-align: justify\"> <span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span id=\"newsPic2\" style=\"clear: right;float: right;margin-bottom: 1em;margin-left: 1em\"><img decoding=\"async\" border=\"1\" src=\"http:\/\/newsdata2.bernama.com\/bernama\/newspic\/am\/rosmah%20wanita.jpg\" width=\"300\/\" \/><\/span>SEREMBAN,   27 Ogos (Bernama) &#8212; Penyertaan wanita dalam tenaga buruh di negara  ini telah meningkat daripada 46 peratus pada tahun 2008 kepada 54  peratus pada tahun 2015, kata isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah  Mansor.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Beliau berkata bagi sektor awam, kadar pencapaian telah melebihi sasaran  57.2 peratus manakala bilangan penjawat awam wanita yang berada di  dalam pengurusan tertinggi juga telah mencapai 34 peratus.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>&#8220;Namun, pencapaian di dalam sektor korporat pada tahun 2015 agak  ketinggalan sedikit dengan hanya 26 peratus wanita berada dalam  pengurusan tertinggi bagi keseluruhan syarikat tersenarai,&#8221; katanya.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Beliau berkata demikian ketika merasmikan Hari Wanita peringkat Negeri  Sembilan 2016 di Dewan Tuanku Aishah Rohani di sini, hari ini.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan dan isterinya yang  juga Yang DiPertua Pertubuhan Wanita Negeri Sembilan Raja Datin Seri  Salbiah Tengku Nujumudin.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Rosmah yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga  Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) berkata &#8216;Hays Asia  Salary Guide 2015,&#8217; melaporkan di Malaysia sebanyak 34 peratus jawatan  pengurusan telah diisi oleh wanita berbanding 36 peratus di China, 31  peratus di Hong Kong dan 27 peratus di Singapura.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>&#8220;Yang membanggakan, peratus ini telah menjadikan Malaysia menduduki  tangga kedua di rantau Asia selepas China. Jika kita lihat senario  status wanita pada masa kini, saya percaya pelbagai pihak telah  memainkan peranan yang cukup penting agar wanita di negara ini  mengoptimumkan keupayaan mereka dalam pembangunan sosial dan ekonomi  negara.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>&#8220;Saya yakin peranan pihak kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan juga  korporat telah bersama-sama mengintegrasikan wanita dalam semua sektor  pembangunan negara,&#8221; katanya.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Rosmah berkata bagi pihak kerajaan, agenda memperkasa wanita merupakan  sebahagian daripada Rancangan Malaysia sejak awal 80-an dan beliau yakin  agenda itu akan membantu menjadikan Malaysia sebuah negara  berpendapatan tinggi menjelang 2020 di bawah program Transformasi  Ekonomi.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Katanya usaha itu diperkemas melalui penubuhan Majlis Penasihat dan  Perundingan Wanita yang memainkan peranan penting sebagai penasihat  kerajaan dan badan perundingan untuk memperkasakan wanita selaras dengan  Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan bagi kemajuan wanita.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>&#8220;Di samping itu, saya turut memuji inisiatif digerakkan kerajaan seperti  Program Kembali Bekerjaya, yang memberi insentif kepada pihak majikan  untuk mengekalkan wanita yang telah berhenti kerja sementara waktu. Di  bawah program ini, 200 profesional wanita telah kembali kepada tenaga  kerja.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>&#8220;Begitu juga dengan pewujudan &#8216;FlexWorkLife&#8217; di mana majikan telah  menetapkan aturan kerja yang fleksibel kepada wanita yang mempunyai  komitmen anak-anak dan keluarga,&#8221; katanya.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Rosmah bagaimanapun berkata beliau berasa sedikit kecewa memandangkan  kurang daripada 30 peratus syarikat di Malaysia yang menawarkan aturan  kerja fleksibel.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>&#8220;Dari itu, saya berharap agar para majikan dapat menyambut baik  inisiatif ini agar wanita dapat terus menyumbang kepada pembangunan  negara,&#8221; katanya.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Katanya ini adalah bukti yang jelas bahawa Malaysia amat menitikberatkan  kesaksamaan hak dan menghalang sebarang bentuk diskriminasi terhadap  wanita.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Pada majlis itu, tokoh &#8216;Gelang Kemerdekaan&#8217; Datuk Siti Rahmah Kassim,  90, dipilih sebagai penerima anugerah Tokoh Wanita Negeri Sembilan 2016.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Wanita kelahiran Batu Hampar, Rembau itu menerima cek RM15,000, selempang, plak dan sijil.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>&#8212; BERNAMA  <\/span><\/div>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bernama27\/8\/2016 SEREMBAN, 27 Ogos (Bernama) &#8212; Penyertaan wanita dalam tenaga buruh di negara ini telah meningkat daripada 46 peratus pada tahun 2008 kepada 54 peratus pada tahun 2015, kata isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.Beliau berkata bagi sektor awam, kadar pencapaian telah melebihi sasaran 57.2 peratus manakala bilangan penjawat awam wanita yang berada di [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":268,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[5],"tags":[],"class_list":["post-626","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-dari-cuepacs"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/626","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/268"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=626"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/626\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=626"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=626"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=626"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}