{"id":631,"date":"2016-09-01T14:53:00","date_gmt":"2016-09-01T06:53:00","guid":{"rendered":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/teks-penuh-amanat-merdeka-2016-oleh-perdana-menteri\/"},"modified":"2016-09-01T14:53:00","modified_gmt":"2016-09-01T06:53:00","slug":"teks-penuh-amanat-merdeka-2016-oleh-perdana-menteri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/teks-penuh-amanat-merdeka-2016-oleh-perdana-menteri\/","title":{"rendered":"TEKS PENUH AMANAT MERDEKA 2016 OLEH PERDANA MENTERI"},"content":{"rendered":"<div dir=\"ltr\" style=\"text-align: left\">\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: x-small\">Bernama<br \/>30\/8\/2016<\/span><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/><\/span><\/div>\n<p><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">    <\/span><\/p>\n<div class=\"NewsText\" style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">  KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) &#8212; Berikut  ialah teks penuh Amanat  Merdeka  2016 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan  Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, malam ini.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>BismillahirRahmanirRahim,  Alhamdulillahi Rabbil A&#8217;lamin wa biHi nasta&#8217;in,<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Selawat dan Salam ke atas Rasul junjungan, Nabi Muhammad, penutup segala Anbiya&#8217;,<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri,  YB Menteri-Menteri,  Timbalan-Timbalan Menteri,  Ketua Setiausaha Negara,  Dif-Dif Kehormat,   Para Tetamu dan Wakil-Wakil Media,<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,  Salam Sejahtera, Salam  1Malaysia, Salam Sehati Sejiwa dan Salam Merdeka,  Mukadimah  Saudara  dan Saudari Sekalian,<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>  1.  Pertama-tamanya, marilah kita mengangkat rasa kesyukuran yang amat  tinggi, ke hadrat Allah Hu Ta-a&#8217;la, kerana pada malam yang bermakna  ini, kita diizinkan untuk berhimpun di dewan yang megah lagi bersejarah,  bagi menyambut ambang merdeka.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>2.  Justeru, saya berucap di sini bukan sahaja sebagai seorang Perdana  Menteri, atau seorang pemimpin parti, yang lebih utama, sebagai seorang  Anak Malaysia.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>3.  Lalu, di hadapan ribuan hadirin yang dikasihi, dari pelbagai  kelompok dan latar belakang berbeza, saya dapat berasakan, saya dapat  feel, satu aura luar biasa atau a very positive vibe, yang menyalakan  semangat nasionalisme, patriotisme dan jatidiri yang mendalam lagi  kental.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>4.  Maka, bagi menghangatkan sambutan malam ini, ayuhlah,&#8230; ayuhlah,&#8230;  kita berikan,&#8230; satu tepukan paling gemuruh kepada Malaysia,&#8230;  pertiwi tercinta ini!<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Saudara dan Saudari,<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>  5.  Saya ingin memulakan amanat Merdeka ini, dengan melontarkan beberapa persoalan.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Pertama: Apakah ertinya kemerdekaan kepada kita semua, terutama sekali  setelah negara dengan izin Tuhan, sampai di ambang 6 dekad?<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>  Keduanya: Sebagai rakyat Malaysia, tidak kira apa bangsa pun, harus  bahkan sewajibnya sentiasa beringat-beringat akan sejarah tentang  siapakah yang telah mengetuai perjuangan menuntut kemerdekaan.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Kerana itulah, kita perlu bersungguh-sungguh mempertahankan kedaulatan  dan kemerdekaan, yang telah diperjuangkan oleh bapa-bapa tanah air yang  dipelopori oleh UMNO, bersama Parti-Parti Komponen lain, sejak puluhan  tahun yang lalu.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Ketiganya: Yang paling mustahak, bagaimanakah kita sebagai rakyat  Malaysia,\ufffd tidak kira apa warna kulit, bangsa, keturunan, mahupun  agama,\ufffd dapat menzahir dan membuktikan kesyukuran terhadap nikmat ini?<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>6.  Persoalannya juga,&#8230; cukupkah sekadar menggantung bendera atau  berhimpun di sana sini, tanpa roh dan rasa penghayatan akan peri penting  pengisian sewajarnya, kepada kebebasan sebuah negara bangsa yang telah  diperolehi?<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>7.  Apatah lagi,&#8230; dalam pada Bahtera Malaysia sedang belayar dengan  lancarnya di samudera biru, kita tidak mungkin sesekali biarkan tanah  air ini cuba ditebuk, dirobek dan dibocorkan oleh mana-mana pihak yang  durjana.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>8.  Sebabnya,&#8230; sebabnya,&#8230; Bahtera Malaysia yang sudah terkembang  layarnya ini, kita akan pastikan terus mara membelah gelombang dan  tak-kan sesekali berbalik haluan.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Saudara dan Saudari Sekalian,<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>9. Jika dihitung dari segi usia kemerdekaan sejak 31 Ogos tahun 1957,  kita sudah menghampiri gerbang 60 tahun, berdiri di atas kaki sendiri.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>10.  Apa yang pasti,&#8230; kurniaan kemerdekaan, bukan sahaja merupakan  satu rahmat, bahkan, menurut pandangan para alim dan bijaksana, ia satu  karomah kepada bumi Malaya yang kini, menjadi sebuah Malaysia.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>11.  Dalam mengejar kemajuan, pembangunan luar bandar akan terus menjadi agenda utama Kerajaan, dan diberikan perhatian serius.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Jasa-jasa Parti Perikatan dan Barisan Nasional  Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian,  12.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Merujuk kepada pembangunan Malaysia sebagai sebuah negara maju dalam  tempoh 6 dekad, yang dulu bermula hanya daripada kampung-kampung kecil,\ufffd  pedalaman dan perdesaan,&#8230; sekarang Alhamdulillah,&#8230; mampu berdiri  sama tinggi di kalangan negara-negara yang pesat membangun di dunia.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>13.  Malah, Menara Warisan Merdeka setinggi 118 tingkat, yang mula  dibina sejak tahun 2014, bakal menjadi bangunan tertinggi di Malaysia  dan ke-5 di dunia.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Saudara dan Saudari,<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>  14.  Adalah hakikat, berjaya dan majunya Malaysia sehingga sekarang,  merupakan hasil mahsul usaha gigih pentadbiran cekap dan sistematik oleh  Kerajaan Barisan Nasional yang dulunya dikenali sebagai Parti  Perikatan.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>15.  Kerajaan ini, yang mentadbir sejak sekian lama, telah mampu  mempertahankan prestasi pencapaian dan rekod cemerlang serta terus  meletakkan Malaysia di atas landasan kemakmuran.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>16.  Selain itu, kita sewajarnya berbangga jua, bahawa kemerdekaan  Malaysia ini diberkati oleh Yang Maha Berkuasa,&#8230; kerana jelas terisi  dengan kejayaan dan kemajuan, yang sebetulnya tidak terbayang dek  fikiran, tidak ternampak dek mata, tidak terjangkau dek akal, oleh  sesiapa jua, 59 tahun yang lampau.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>17.  Bahkan, seperti yang ramai maklum,&#8230; apa yang kita hadapi ketika  itu, hanyalah herdikan-herdikan dan perlian-perlian bahawa, bagaimana  mungkin sebuah negara kecil seperti Malaya, dengan masyarakatnya yang  berbilang keturunan, boleh berpadu untuk menempa kegemilangan.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Kemajuan 6 Dasawarsa Terajuan Kerajaan Barisan Nasional (Dulunya Parti Perikatan)<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>  18.  Lantaran itu, sejurus selepas mengambil alih tampuk kepimpinan,  saya telah melanjutkan gagasan negara dengan Dasar Transformasi  Nasional.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>19.  Kini DTN, telah masuk tahun ke-7 pelaksanaannya, dan terus membuahkan hasil yang begitu memberangsangkan.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>20.  Ini semua bukan sekadar omongan kosong, akan tetapi, fakta dan  angka-angka pencapaian, diabsahkan serta dipersahihkan oleh Badan-Badan  Penarafan Berwibawa pada peringkat antarabangsa.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>21.  Sebagai contohnya, semasa laporan Program Transformasi Negara yang  saya bentangkan pada bulan April lalu, kita bersyukur,&#8230; Program  Transformasi Kerajaan atau GTP dalam aspek Bidang Keberhasilan Utama  Negara, telah mencapai 99 peratus KPI penyampaiannya.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>22.  Manakala bagi Program Transformasi Ekonomi atau ETP, menerusi  Bidang Ekonomi Utama Negara, kita telah berjaya mencapai angka 111  peratus KPI. Melalui inisiatif Pembaharuan Strategik pula, KPI-nya telah  menjangkau sasaran 108 peratus.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>23.  Mutakhir ini, meskipun kita menghadapi ketidaktentuan dan kesuraman  ekonomi global, KDNK pada suku kedua tahun ini,&#8230; Alhamdulillah,&#8230;  Malaysia tetap berjaya mencatat perkembangan sebanyak 4 peratus.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian,<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>  24.  Selanjutnya, tidak putus-putus buah-buah kejayaan masak dan  meranum atas kerja kuat Kerajaan dan pelbagai agensi. Misalnya, Global  Competitiveness Report oleh World Economic Forum, telah meletakkan  Malaysia berada di tangga ke-18 pada tahun 2015.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>25.  Menurut Financial Market Development oleh World Economic Forum  Global Competitiveness Ranking 2015-2016 pula, kita berada di tangga  ke-9, sebagai satu-satunya emerging market, yang tersenarai dalam  sepuluh negara teratas.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>26.  Malaysia juga diiktiraf oleh laporan Bank Dunia, dari sudut Ease of  Doing Business, pada kedudukan ke-21 pada 2010, dan telah naik ke  tangga ke-18 pada tahun 2015.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>27.  Pada segi lain, sebagai sebuah negara Islam contoh yang progresif  dan dinamik serta diteladani sebagai role model yang berpegang kepada  prinsip wasatiyyah, di persada dunia, daripada perspektif iktisadnya,  Malaysia telah menduduki tangga pertama Petunjuk Ekonomi Global Islam  2014-2015, daripada senarai 70 buah negara.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>28.  Suka saya menyebut juga bahawa, Malaysia adalah negara penerbit  sukuk terbesar dunia, yang merangkumi hampir 55 peratus daripada jumlah  sukuk terkumpul global yang bernilai melebihi 320 bilion dolar Amerika  setakat penghujung 2015.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>29.  Fakta-fakta ini, ternyata antara bukti kukuh yang menyangkal  tohmahan-tohmahan meleset oleh segelintir golongan bahawa, kononnya  Malaysia adalah negara yang gagal, atau a failed state.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Memelihara Keselamatan dan Keamanan.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian,<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>  30.  Di atas segalanya,&#8230; Kerajaan tidak akan berkompromi dengan isu  keselamatan negara. Hakikatnya, Mesyuarat Keselamatan Negara bersidang  beberapa kali setiap bulan, dalam langkah berwaspada, akan ancaman musuh  dari luar dan dalam.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>31.  Berbanding dengan senario dunia pula, kita berasa simpati,  khususnya dengan nasib saudara-saudari seakidah di Timur Tengah, yang  masih tidak menentu. Tanah air mereka sedang bergolak, dalam kancah  peperangan, yang belum tertampaknya cahaya kedamaian.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>32.  Secara umumnya, kita bersyukur tidak terhingga, lantaran negara  kita masih diperkekalkan oleh Tuhan dalam keadaan aman dan sentosa.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>33.  Berhubung ini, saya mengajak para hadirin dan hadirat,&#8230; kita  berikan penghargaan yang bersemangat kepada para perajurit serta anggota  keselamatan yang telah berkorban siang dan malam demi keamanan  Malaysia. Syabas dan satu tepukan gemuruh buat semua pasukan keselamatan  negara.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Rancangan Malaysia Ke-11  Saudara dan Saudari Sekalian,<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>  34.  Ketikamana melangkah bulan Mei tahun 2015, saya telah  membentangkan Rancangan Malaysia Ke-11. Rancangan ini, merupakan  pelonjak akhir negara memasuki gelanggang High Income Advanced Economy.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> 35.  Sekalipun kemelut ekonomi global masih bergelora, Kerajaan Barisan  Nasional terus mengambil keputusan yang berhemah dan menjadi Kerajaan  yang bertanggungjawab agar rakyat tidak terbeban dengan keadaan semasa.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>36.  Justeru,&#8230; sebarang ehwal kebajikan dan kepentingan masyarakat terbanyak, pasti didahulukan.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>37.  Antaranya, perkara pokok tentang kehidupan adalah lantai tempat  berpijak, bumbung tempat berteduh daripada hujan dan panas untuk diri  serta keluarga. Dalam hal ini, usaha membina rumah mampu milik kepada  rakyat akan tetap kita laksanakan.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>38.  Contohnya, bagi menghargai penjawat awam, Kerajaan telah meluluskan  lebih 82 ribu unit kediaman, di bawah inisiatif Perumahan Penjawat Awam  1Malaysia.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>39.  Selanjutnya, kita juga telah melaksanakan projek-projek perumahan  mampu milik seperti PR1MA, Rumah Mesra Rakyat, Perumahan Felda serta  Felcra, selain memperkenalkan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama dan  peruntukan Pemulihan Projek Perumahan Swasta Terbengkalai.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian,<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>  40.  Bila bercakap tentang negara maju, pengangkutan awam merupakan  nadi kepada mobiliti rakyat seharian. Public transportation menjadi satu  keperluan, yang harus dibangunkan oleh Kerajaan yang berdaya saing  menuju kemajuan.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>41.  Indeed,&#8230; the fact is,&#8230; providing an efficient, fast, safe and  affordable public transportation is a must for a nation that aspires to  be a developed nation like Malaysia.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>42.  Lantas, di era pentadbiran ini, saya mahu terlakarnya dalam sejarah  akan usaha serius  Kerajaan yang saya pimpin, dalam pelaksanaan projek  pengangkutan awam yang terbaik jaringannya, bagi memenuhi tuntutan  kepesatan kini apatah lagi masa hadapan.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>43.  Antaranya, Kerajaan kini begitu komited dengan beberapa projek  pengangkutan awam, berskala sederhana dan mega, seperti sambungan laluan  LRT Ampang dan Kelana Jaya, yang akan mendatangkan manfaat kepada  sekurang-kurangnya 300 ribu pengguna setiap hari.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>44.  Pada minggu lepas pula, saya baru merasmikan projek LRT3 bagi  jajaran Bandar Utama-Klang meliputi 36km, mempunyai 25 buah stesen yang  dijangka siap pada tahun 2020.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>45.  Laginya, saya secara peribadi,&#8230; dan bagi pihak Kerajaan,&#8230; juga  rakyat teramai,&#8230; tentunya tidak sabar ternanti-nanti, operasi jajaran  fasa pertama MRT Sungai Buloh-Kajang, yang akan dilancarkan pada 15  Disember tahun ini. InsyaAllah!<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>46.  Bercakap tentang hal pengangkutan juga, marilah kita sama-sama  memberi tepukan perangsang dan syabas kepada kejayaan &#8216;the  Pocket-Rocket-Man&#8217;, jaguh lumba basikal negara, yang meraih pingat  gangsa dalam acara keirin di Temasya Olimpik Rio 2016,&#8230; saudara  Azizulhasni Awang (yang turut bersama kita pada malam ini).<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Saudara dan Saudari,  47.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Sebetulnya, sejak 59 tahun kita meraih kemerdekaan, gagasan demi  gagasan, rancangan demi rancangan dan tidak terhitung dasar-dasar yang  diperkenalkan oleh Kerajaan dalam membina kejayaan negara.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>48.  Dalam era kepimpinan Kerajaan ini, Dasar Transformasi Nasional,  turut melaksanakan Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau NBOS.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>49.  Syukur kepada Allah, melalui pelbagai inisiatif di bawah NBOS,  sejak tahun 2009, Kerajaan telah berjaya menjimatkan sejumlah 3.5 bilion  ringgit perbelanjaan negara, melalui kerjasama strategik antara PDRM  dengan ATM, yang telah memecahkan tembok silo antara agensi.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>50.  Pelaksanaan Pusat Transformasi Bandar atau UTC pula, telah  memanfaatkan lebih 35 juta pengguna, bagi menyelesaikan segala urusan  berkaitan perkhidmatan Kerajaan.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>51.  Realitinya, mana ada negara dalam dunia yang Kerajaannya  menyediakan Pusat Khidmat Sehenti yang beroperasi 7 hari seminggu, dari  pukul 8 pagi hingga 10 malam.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>52.  Inilah dia bukti bahawa, Kerajaan Barisan Nasional amat prihatin dengan keperluan rakyat, demi memudahkan urusan semua.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>53.  Begitu juga dalam ehwal pendidikan. Dari peringkat rendah sampai ke  menengah semuanya percuma. Pada peringkat tertiari yakni di  universiti-universiti awam, kini hampir 90 peratus kos pengajian  ditanggung oleh pihak Kerajaan.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>54.  Bagi sudut kesihatan pula, bermula dengan pelbagai rawatan pesakit,  hinggalah kepada melahirkan anak, segalanya pun hampir percuma di  hospital Kerajaan, kecualilah yang melibatkan kes-kes rumit. Ini  melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak kira-kira 23 bilion ringgit  setahun.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>55.  Saya dimaklumkan, baru-baru ini oleh seorang rakan, yang bekerja  dengan Kerajaan, bapanya telah dimasukkan ke IJN untuk menjalani  angiogram jantung. Bayaran yang dikenakan hanyalah 12 ringgit,  berbanding ribuan ringgit kosnya kalau di hospital swasta.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>56.  Menurut Laporan Institut Penyelidikan Khazanah, dalam akhbar New  Straits Times hari ini muka surat 13, jangka hayat rakyat Malaysia  dijangka meningkat daripada 65.5 tahun kepada 77.4 tahun bagi wanita,  dan 61.6 tahun kepada 72.5 tahun bagi kaum lelaki. Ini adalah  perbandingan dari tahun 1970 hingga 2014.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>57.  Selain itu, terlalu panjang senarainya, kalau hendak kita sebut  satu persatu, akan pelbagai lagi program bantuan oleh pihak Kerajaan  kepada rakyat sebagai berkongsi nikmat kemerdekaan dan kemakmuran  negara.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>58.  Berkait BR1M, meskipun Kerajaan berniat ikhlas untuk membantu  golongan sasar yang benar-benar memerlukan pertolongan, ada pihak yang  sesedap mulut, menuduh dan menghina para penerima BR1M.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>59.  Sedangkan, bagi kisah hidup sebenar individu rakyat contohnya Puan  Dayah Anak Kepada Mamut, dari Rumah Panjang di Sarawak, yang mempunyai 4  orang anak, BR1M adalah bantuan dan rahmat yang telah dapat meringankan  kos keluarga dan persekolahan anak-anaknya.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>60.  Tambahan, berdasarkan dapatan sekumpulan 35 pakar ekonomi di  Britain sepakat bahawa, BRIM adalah kaedah terbaik bagi membantu  golongan sasar.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>61.  Di samping itu, berkat berbagai usaha dan program yang dilaksanakan  oleh Kerajaan, seperti gaji minima dan latihan kemahiran, purata  pendapatan isi rumah B40 ternyata telah meningkat lebih cepat,  berbanding golongan lain seperti M40.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Saudara dan Saudari,<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>  62.  Berbicara tentang GST pula, Alhamdulillah, keyakinan dan  keberanian politik pihak Kerajaan dalam pelaksanaannya, di sebalik  tentangan dan fitnah oleh pelbagai pihak, kini ternyata telah menjadi  faktor penyelamat kepada ekonomi Malaysia.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>63.  Selanjutnya, melalui pelbagai dasar Kerajaan yang bersifat  inklusif, menurut laporan Program Transformasi Negara atau NTP,  ternyata,&#8230; tidak kira apa kaum dan golongan,&#8230;. ramai yang telah  berjaya meraih kejayaan yang lebih tinggi dalam hidup dan kerjaya,&#8230;  sekaligus merubah untung nasib keluarga kepada kehidupan yang lebih  selesa.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>64.  Menjengah ke hadapan pula, kita tidak tiba di titik kemerdekaan 6  dekad ini untuk gagal. Malah, kita berhasrat untuk melihat Malaysia  terus melangkah jauh sebagai sebuah negara bangsa yang unggul dan dapat  dipermegahkan di persada global, bukan setakat ini sahaja, malah  menjangkaui atau beyond 2030.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>65.  Menyentuh soal ini, jika ingin melihat Malaysia kekal merdeka,&#8230;  berdaulat,&#8230; damai,&#8230; dan tersanjung oleh seantero dunia sebagai  Bintang Timur yang berkerlipan cahayanya,&#8230; Moments of Unity atau  Detik-Detik Kebersatuan, perlu dicambah serta disemarakkan.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>66.  Jadinya, pada malam ini, saya ingin berkongsi kisah-kisah harmonis  penduduk Malaysia, yang diperlambangkan melalui Detik-Detik Kebersatuan  oleh rakyat daripada pelbagai kaum.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>67.  Kisah pertama, contohnya pada malam perlawanan akhir badminton  Olimpik baru-baru ini. Saya dan isteri telah turut sama turun padang ke  dataran Putrajaya, untuk menyaksikan saat-saat yang mendebarkan  tersebut.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>68.  Apa yang menarik dan istimewanya,&#8230; saya perhatikan pada malam  tersebut, majoriti para penyokong Datuk Lee Chong Wei di situ, terdiri  daripada orang-orang Melayu yang bersorak sorai penuh semangat tanda  sokongan kepada &#8216;Raja Badminton Malaysia&#8217;.  69.  Inilah antara satu  contoh, Moments of Unity, atau Detik-Detik Kebersatuan berasaskan sukan.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>70.  Bersempena itu, marilah kita beri tepukan tahniah kepada Datuk Lee  Chong Wei, yang datang pada malam ini. Beliau, buat kali ketiganya  menghadiahkan Malaysia pingat Perak pada kejohanan Olimpik 2016.  Syabas,&#8230;syabas Datuk Lee Chong Wei!  Saudara dan Saudari,  71.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Ingin saya kongsikan bersama, di sebalik kisah kejayaan beliau ini,  selain daripada penghargaan terhadap jurulatih-jurulatihnya kini, Datuk  Lee Chong Wei, seringkali tidak pernah lupa akan budi dan jasa juga  bimbingan mentor, merangkap bekas jurulatih-nya, yang telah mengasuh dan  mendorong kejayaannya, yakni Dato&#8217; Misbun Haji Sidek.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>72.  Inilah dia indah dan ajaibnya Malaysia&#8230; Semangat kebersatuan dan  keeratan,&#8230; merentasi sempadan kaum,&#8230; saling bantu membantu, saling  harga menghargai,&#8230;<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>73.  Bukan atas nama Orang Melayu, Orang Cina, Orang India, Orang Iban,  Kadazan, Murut, Dusun, Orang Asli, penduduk keturunan Siam, ataupun yang  lain-lain,&#8230; namun lebih mulia dan penting dari itu,&#8230; semua berpadu  atas nama Bangsa Malaysia!  74.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Tentunya saudara dan saudari, tepukan tahniah kita berikan kepada  jaguh-jaguh badminton dalam acara beregu lelaki dan campuran, yang turut  menyumbang pingat-pingat perak kepada negara, yakni saudara Goh V Shem,  Tan Wee Kiong, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>75.  Jelasnya, pada kita, semua mereka adalah wira dan wirawati bangsa  Malaysia. Atas sebab itu, Kerajaan telah menambah insentif kemenangan  sebanyak 200 ribu ringgit lagi, sebagai tanda penghargaan atas kejayaan  yang dicapai.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian,  76.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Kisah kedua adalah tentang Gerai Nasi Kandar paling terkenal di Ipoh yang popular dengan gelaran &#8216;Vanggey&#8217;.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>77.  Istilah vanggey,&#8230; vanggey ini dalam bahasa Tamil bermaksud  mari,&#8230; Mari,&#8230; Jika berkunjung ke Ipoh, kata orang, tidak sah kalau  tak pekena nasi vanggey.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>78.  Apa yang uniknya, nasi kandar vanggey ini beroperasi di sebuah  restoran milik keluarga Cina iaitu Rumah Tumpangan dan Kedai Kopi Yong  Suan dan kebetulan telah mula berniaga sejak tahun kemerdekaan yakni  1957. Istimewanya, para pelanggan terdiri daripada pelbagai keturunan  dan bangsa.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>79.  Nasi kandar vanggey di restoran itu dinikmati bersama dengan  minuman Teh Ais Peram, yang juga popular di kedai Cina tersebut.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>80.  (Saya sendiri pun dah makan nasi vanggey ni,&#8230; cuma makan nasi  bungkus je,&#8230; satu hari nanti, saya sendiri akan ke gerai vanggey, dan  untuk makluman wakil pemiliknya pun hadir pada malam ini,&#8230; Mohd  Nihmathullah bin Syed Mustafa)  81.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Ini satu lagi ceritera Detik-Detik Kebersatuan yang sungguh menarik sebagai simbol Moments of Unity.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Saudara dan Saudari,<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>  82.  Satu lagi kisah dari sudut budaya yang boleh dijadikan teladan  Detik-Detik Kebersatuan adalah Kartunis Lat, atau nama sebenarnya  Mohammad Nor Khalid,&#8230; melalui bukunya yang sangat popular dan tersohor  bertajuk Kampung Boy.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>83.  Hasil karya kreatif kartun beliau, melatarkan kisah kehidupan  sebenar masyarakat Malaysia yang majmuk. Saya pasti hampir kesemua kita  kenal watak-watak yang ditonjolkan dalam jalan cerita beliau.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>84.  Selain daripada watak utama Lat dan rakan-rakannya, yang terdiri  daripada anak-anak Melayu dan kaum-kaum lain, ada watak cikgu bahasa  Inggeris keturunan Cina bernama Mrs Hiew, yang berbadan besar, garang  dan berkaca mata tajam. Ada pula watak lelaki Punjabi yang memakai  turban dengan dialog-dialog yang melucukan dan mencuit hati kita.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>85.  Ternyata, kerja-kerja tulisan dan lukisan oleh Datuk Lat ini  digemari oleh banyak kaum, sekaligus menjadi satu lagi simbol  Detik-Detik Kebersatuan dan penerimaan rakyat Malaysia akan hakikat kita  hidup sebumbung dalam sebuah masyarakat yang majmuk dan berbilang  keturunan.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>86.  Saya difahamkan, Datuk Lat ada bersama kita di sini, tahniah dan tepukan untuk beliau!  87.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Begitu juga dalam filem Ola Bola, yang telah membangkitkan semangat  kebersatuan rakyat Malaysia, dalam membentuk sebuah negara bangsa yang  hebat lagi bermartabat.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>88.  Berbalik kepada Datuk Lat, saya diberitahu bahawa beliau adalah  abang kepada Encik Mamat Khalid, seorang pengarah filem terkenal dengan  genre kehidupan sebenar masyarakat majmuk Malaysia. Saya pasti ramai  tahu akan filem komedi seram dengan kutipan pecah panggung oleh Mamat  Khalid bertajuk &#8220;Hantu Kak Limah Balik Rumah&#8221;.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>89.  Jelasnya, banyak lagi faktor yang boleh menjadi pemangkin kepada  Detik-Detik Kebersatuan, dan tidak terhenti pada contoh-contoh di bidang  sukan dan sosio-budaya itu tadi.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>90.  Misalan lain, saban tahun pabila menjelangnya hari-hari perayaan  besar terutamanya Aidil Fitri, jendela silaturrahim 1Malaysia yang  menyuburkan Detik-Detik Kebersatuan melalui Budaya Rumah Terbuka begitu  menyerlah, sehingga menggamit pelancong-pelancong antarabangsa.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian,  91.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Bertolak dari kemerdekaan,&#8230; kemajuan yang kita tempa dari masa ke  semasa, adalah demi rakyat Malaysia keseluruhannya. Kerajaan tidak akan  meminggirkan mana-mana pihak, sekalipun apa-apa kumpulan etnik yang  kecil bilangannya.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>92.  Pucuk Pangkalnya,&#8230; di mata dan di hati kita,&#8230; setiap seorang dan setiap etnik rumpun dan keturunan, adalah 1Malaysia.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>93.  Pada sudut ini, bertepatan untuk kita memberi tepukan syabas dan  penghargaan kepada dua &#8216;Ratu Terjun Negara&#8217; Cik Pandelela Rinong dan  Cheong Jun Hoong yang telah mengharumkan sukan terjun air negara dengan  merangkul pingat Perak, di temasya Olimpik Rio.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>94.  Tampaknya, jelas sebagai yang saya nyatakan merdeka dan semangatnya  adalah milik semua. Khususnya Cik Pandelela, anak gadis Bidayuh dari  Sarawak ini, membuktikan tidak semestinya wakil etnik kecil tidak mampu  menjadi seorang jago-an.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>95.  Berkait ini, selamat maju jaya juga saya ucapkan kepada atlet-atlet  paralimpik negara yang akan berjuang di Paralimpik Rio September nanti.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>96.  Sesungguhnya,&#8230; saudara dan saudari,&#8230; kemerdekaan ini adalah  nikmat untuk Malaysia seluruhnya. Bermula dari utara Semenanjung Permata  Nilam, ke hujung Sabah negeri di Bawah Bayu, membawa ke pedalaman  Sarawak Bumi Kenyalang.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>97.  Dalam hal demikian, projek Lebuhraya PAN Borneo yang bebas tol,  sepanjang 2,325km, yang bermula dari Telok Melano ke Lawas di Sarawak,  membawa pula hingga ke Sabah, dari Sindumin ke Tawau, merupakan satu  lagi lambang kemajuan, sebuah Malaysia yang merdeka.  98.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Terbaru di Semenanjung pula, kita akan membina  Keretapi Berkelajuan  Tinggi atau HSR yang bermula dari Kuala Kumpur hingga ke Singapura. Ini  akan memberikan manfaat besar kepada connectivity dan kepesatan ekonomi  kepada Malaysia di rantau ini.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Bagaimana Kita Mengisi Nikmat Kemerdekaan  Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian,<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>  99.  Oleh sebab itulah, dalam pada kita bersusah payah memupuk  solidariti dan perpaduan, kita tidak mahu terjadinya Moments of  Disunity, yakni Babak-Babak atau Episod Perpecahan, yang akan memusnah  dan meranapkan segala yang telah terbina.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>100.  Pokoknya, sanggupkah kita membiarkan tanahair ini, hancur  berkecai, punah dalam sekelip mata dek angkara segelintir pengkhianat.  Kata orang dulu-dulu, biar putih tulang, jangan putih mata. Para  pendurjana dan petualang bangsa serta negara ini, mesti kita tentang  habis-habisan.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>101.  Di ketika ini, yang kita berdepan bukan setakat musuh luar,  sebaliknya penjajahan bentuk baharu, yang meresap dan meracun minda  rakyat, sehingga melibatkan &#8216;tangan-tangan kotor&#8217; orang dalam negara  sendiri.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>102.  Dalam hal ini, teringat saya kata-kata tokoh pejuang tersohor,  Mahatma Gandhi yang menyebut bahawa, makna kemerdekaan itu adalah  pendisiplinan dan kepatuhan kepada rule of law.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>103.  Bukanlah seperti apa yang cuba diperbuat oleh segelintir pihak  yang hendak menjatuhkan Kerajaan secara tidak demokratik, membuat  referendum-referendum, deklarasi atau menghasut dan meracun pemikiran  rakyat untuk berdemo di jalanan.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>104.  Sedangkan dalam ajaran Islam sendiri dan dibahaskan oleh para  Ulama Muktabar bahawa, &#8216;matlamat tidak sesekali menghalalkan cara&#8217;.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>105.  Pada hemah saya lagi, merdeka itu ertinya, berdiri di atas kaki  sendiri, dengan acuan dan kemahuan kita sendiri. Merdeka itu ertinya  bebas dari campurtangan asing.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>106.  Lebih besar dari itu, merdeka bererti sebuah anjakan dan transformasi dari kemunduran kepada kemajuan dan keunggulan.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian,<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>  107.  Akhir kalam,&#8230; kepada Allah kita mohon pertolongan dan  Ingatlah!,&#8230; kita punya satu kesamaan sebagai Anak Malaysia, berkongsi  satu tujuan, satu matlamat,&#8230; yakni impian 1Malaysia.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Justeru,<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>  108.  Marilah,&#8230; sekalian dalam Dewan Merdeka ini, sama-sama  bangun,&#8230; bangun,&#8230; dan berdiri,&#8230; Genggamkan erat tangan  masing-masing seperti ini,&#8230; dengan rakan-rakan di sebelah kanan dan  sebelah kiri saudara-saudari&#8230; (Pastikan yang lelaki dengan lelaki&#8230;  saudari-saudari pula menggenggam tangan yang perempuan).<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Lalu,&#8230;<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>109.  (Kalau semua sudah bersedia,&#8230;) Ayuh ucap dan lafazkan  bersama-sama saya,&#8230; bahawa&#8230;  Kami,&#8230; rakyat Malaysia,&#8230;  Sehati  Sejiwa,&#8230; Berikrar,&#8230;  Akan terus Berpadu,&#8230; dan Berjiwa Besar,&#8230;  Demi,&#8230; masa depan Malaysia.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Sekali Merdeka,&#8230; selamanya Merdeka, MERDEKALAH MALAYSIA!<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Merdeka! Merdeka! Merdeka!  Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Sekian, terima kasih.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> &#8212; BERNAMA  <\/span><\/div>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bernama30\/8\/2016 KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) &#8212; Berikut ialah teks penuh Amanat Merdeka 2016 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, malam ini.BismillahirRahmanirRahim, Alhamdulillahi Rabbil A&#8217;lamin wa biHi nasta&#8217;in,Selawat dan Salam ke atas Rasul junjungan, Nabi Muhammad, penutup segala Anbiya&#8217;,Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":268,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[5],"tags":[],"class_list":["post-631","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-dari-cuepacs"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/631","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/268"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=631"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/631\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=631"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=631"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=631"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}