{"id":636,"date":"2016-09-05T14:06:00","date_gmt":"2016-09-05T06:06:00","guid":{"rendered":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/kpwkm-sedia-kongsi-kaedah-waktu-berkerja-anjal-rohani\/"},"modified":"2016-09-05T14:06:00","modified_gmt":"2016-09-05T06:06:00","slug":"kpwkm-sedia-kongsi-kaedah-waktu-berkerja-anjal-rohani","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/kpwkm-sedia-kongsi-kaedah-waktu-berkerja-anjal-rohani\/","title":{"rendered":"KPWKM SEDIA KONGSI KAEDAH WAKTU BERKERJA ANJAL &#8211; ROHANI"},"content":{"rendered":"<div dir=\"ltr\" style=\"text-align: left\">\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: x-small\">Berita Harian<br \/>4\/9\/2016\u00a0<\/span><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">ALOR GAJAH: Kementerian  Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedia bekerjasama  dengan Ketua Setiausaha Negara bagi berkongsi maklumat mengenai skim  waktu bekerja anjal yang dilaksanakan di kementerian itu, sejak dua  tahun lalu.  Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, berkata sejak Skim Aturan  Kerja Fleksibel (FWA) yang memberi kelonggaran tempoh, tempat dan waktu  berada di tempat bekerja dilaksanakan di kementerian itu, kualiti kerja  penjawat awam khususnya wanita semakin baik.  &#8220;Kami sedia bekerjasama untuk menjelaskan secara terperinci mengenai  tiga kaedah kerja anjal iaitu bekerja dari rumah, masa bekerja anjal dan  waktu bekerja mingguan yang diubahsuai.  &#8220;Sejak ia dilaksanakan di kementerian saya, mereka (penjawat awam) lebih  fokus untuk bekerja malah mempunyai lebih banyak masa untuk diluangkan  bersama keluarga. Inilah dikatakan keseimbangan kehidupan dan kerjaya,&#8221;  katanya.  Beliau berkata demikian pada sidang media pada majlis perasmian penutup  Program Komuniti Persatuan Wanita 1Malaysia (Perwani) Jom Sihat anjuran  Pejabat Pembangunan Wanita negeri di Kolej Universiti Islam Melaka  (KUIM), Masjid Tanah, di sini, hari ini.  Rohani berkata, sokongan penuh oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di  Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menerusi Presidennya, Datuk Azih Muda  terhadap usaha KPWKM sebelum ini juga menunjukkan kerajaan perlu  mengkaji semula waktu bekerja anjal itu kepada semua penjawat awam.  &#8220;Kementerian saya tidak boleh laksana bersendirian, jadi apabila ramai  yang tampil memberi sokongan, saya amat mengalu-alukan Tan Sri Ketua  Setiausaha Negara (Dr Ali Hamsa) untuk mengkaji keperluan ini,&#8221; katanya.  Media sebelum ini melaporkan, kerajaan menerusi Ketua Setiausaha Negara  sedia mengkaji kesesuaian cadangan pelaksanaan sistem waktu bekerja  penjawat awam dikurangkan kepada enam jam sehari berbanding lapan jam  ketika ini.  Perkara itu perlu diteliti terlebih dahulu termasuk dari segi keperluan  dan kewajaran tempoh bekerja yang lebih pendek dalam sektor pekerjaan.<\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><\/div>\n<p><a href=\"http:\/\/www.bharian.com.my\/node\/189677\"><\/a> <\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Berita Harian4\/9\/2016\u00a0 ALOR GAJAH: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedia bekerjasama dengan Ketua Setiausaha Negara bagi berkongsi maklumat mengenai skim waktu bekerja anjal yang dilaksanakan di kementerian itu, sejak dua tahun lalu. Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, berkata sejak Skim Aturan Kerja Fleksibel (FWA) yang memberi kelonggaran tempoh, tempat dan waktu berada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":268,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[5],"tags":[],"class_list":["post-636","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-dari-cuepacs"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/636","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/268"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=636"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/636\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=636"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=636"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=636"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}