{"id":674,"date":"2016-10-26T16:06:00","date_gmt":"2016-10-26T08:06:00","guid":{"rendered":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/bajet-2017-beri-lebih-banyak-peluang-kepada-penjawat-awam\/"},"modified":"2016-10-26T16:06:00","modified_gmt":"2016-10-26T08:06:00","slug":"bajet-2017-beri-lebih-banyak-peluang-kepada-penjawat-awam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/bajet-2017-beri-lebih-banyak-peluang-kepada-penjawat-awam\/","title":{"rendered":"BAJET 2017 BERI LEBIH BANYAK PELUANG KEPADA PENJAWAT AWAM"},"content":{"rendered":"<div dir=\"ltr\" style=\"text-align: left\">\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: x-small\">Bernama<\/span><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: x-small\">21\/10\/2016<\/span><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/><\/span><\/div>\n<p><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">   <\/span><\/p>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>       KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) &#8212; Bajet  2017 yang dibentangkan  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini disifatkan sebagai  bajet yang menyejahterakan rakyat dan memberi lebih banyak peluang  kepada penjawat awam.<\/p>\n<p>Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP)  Kamarozaman Abd Razak berkata penjawat awam terutamanya kumpulan  pelaksana menerima manfaat yang besar daripada bajet kali ini.<\/p>\n<p>&#8220;Keputusan kerajaan untuk memanjangkan kemudahan cuti belajar bergaji  penuh dengan biasiswa kepada kumpulan pelaksana adalah manfaat yang  besar kepada mereka kerana sebelum ini kumpulan pelaksana berhadapan  dengan kekangan kewangan untuk melanjutkan pengajian mereka,&#8221; katanya  ketika dihubungi Bernama.<\/p>\n<p>Pada pembentangan Bajet 2017 itu,  perdana menteri mengumumkan kemudahan  cuti belajar dengan gaji dibayar penuh bersama biasiswa dipanjangkan  kepada kumpulan pelaksana.<\/p>\n<p>Kemudahan tersebut sebelum ini hanya diberikan kepada penjawat awam di  dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional iaitu dari Gred 41 dan ke  atas.<\/p>\n<p>Mengenai harga Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia yang dijual pada kadar  20 peratus di bawah harga pasaran, beliau  berkata langkah tersebut  menjadikan harga rumah lebih terkawal.<\/p>\n<p>&#8220;Melalui langkah itu, penjawat awam akan mendapat pinjaman perumahan  dengan lebih mudah. Walaupun kerajaan menaikkan had kelayakan pinjaman,  ia tidak membawa sebarang perubahan sekiranya harga rumah turut sama  meningkat&#8221;.<\/p>\n<p>Kamarozaman turut menyambut baik langkah kerajaan melanjutkan  perkhidmatan pegawai &#8216;Contract of Service&#8217; dan &#8216;Contract for Service&#8217;  selama setahun yang menurutnya meredakan keresahan pegawai-pegawai  kontrak yang masih belum mendapat pekerjaan lain.<\/p>\n<p>Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam  Perkhidmatan Awam Malaysia (Cuepacs) Datuk Azih Muda berkata kerajaan  buat pertama kalinya telah menunaikan tuntutan Cuepacs untuk memberi  lebih peluang kepada kumpulan pelaksana.<\/p>\n<p>&#8220;Cuepacs telah lama mencadangkan kepada kerajaan untuk memberikan  kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh dengan biasiswa kepada kumpulan  pelaksana dan cadangan itu telah diterima dalam bajet kali ini,&#8221;  katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut mengalu-alukan langkah kerajaan menaikkan had pinjaman  perumahan penjawat awam dari RM120,00 kepada RM200,000 dan dari  RM600,000 kepada RM750,00 yang disifatkan langkah sangat bagus kerana  melaluinya para penjawat awam kini berpeluang untuk mendapatkan semula  kelayakan pinjaman perumahan mereka.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Azih turut berharap agar ketua-ketua jabatan dalam  sektor perkhidmatan awam tidak membuat keputusan di luar pengumuman  perdana menteri mengenai pelanjutan perkhidmatan pegawai kontrak selama  setahun.<\/p>\n<p>&#8212; BERNAMA<\/span><\/div>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bernama 21\/10\/2016 KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) &#8212; Bajet 2017 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini disifatkan sebagai bajet yang menyejahterakan rakyat dan memberi lebih banyak peluang kepada penjawat awam. Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) Kamarozaman Abd Razak berkata penjawat awam terutamanya kumpulan pelaksana menerima manfaat yang besar [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":268,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[5],"tags":[],"class_list":["post-674","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-dari-cuepacs"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/674","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/268"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=674"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/674\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=674"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=674"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=674"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}