{"id":675,"date":"2016-10-24T16:09:00","date_gmt":"2016-10-24T08:09:00","guid":{"rendered":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/bajet-2017-sokong-pertumbuhan-dalam-suasana-serba-mencabar\/"},"modified":"2016-10-24T16:09:00","modified_gmt":"2016-10-24T08:09:00","slug":"bajet-2017-sokong-pertumbuhan-dalam-suasana-serba-mencabar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/bajet-2017-sokong-pertumbuhan-dalam-suasana-serba-mencabar\/","title":{"rendered":"BAJET 2017 SOKONG PERTUMBUHAN DALAM SUASANA SERBA MENCABAR"},"content":{"rendered":"<div dir=\"ltr\" style=\"text-align: left\">\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: x-small\">Bernama<br \/>23\/10\/2016<\/span><\/p>\n<p><\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">\u00a0<span id=\"newsPic2\"><img decoding=\"async\" border=\"1\" src=\"http:\/\/newsdata2.bernama.com\/bernama\/newspic\/ek\/a0f3d75e-c97e-477e-856f-83a30eb98843.jpg\" width=\"300\/\" \/><\/span><b>Oleh Siti Hawa Othman<\/b><\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) &#8212; Walaupun berdepan sumber yang terhad,  pasti ada cara kreatif untuk mencari jalan bagi meneruskan kehidupan dan  berbelanja dengan berhemat.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Begitu juga, Bajet 2017, yang dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Perdana  Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat, dirangka dengan  memasukkan pelbagai langkah yang akan terus menyokong pertumbuhan  domestik dalam suasana persekitaran global serba mencabar, bagi  memastikan ekonomi terus mencatatkan pertumbuhan.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Apa yang paling penting, ia menyentuh setiap aspek kehidupan rakyat  terutamanya dalam menangani keperluan kumpulan isi rumah berpendapatan  40 peratus terendah (B40) dan kumpulan isi rumah berpendapatan 40  peratus sederhana (M40) menerusi pelbagai bantuan dan insentif.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Tidak ada kumpulan yang terlepas pandang, daripada peruntukan kepada  perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kepada bantuan khas bagi penjawat  awam, hinggalah kepada penduduk di kawasan luar bandar dengan kemudahan  dinaik taraf manakala penduduk di bandar mendapat kelebihan jalur lebar   &#8220;kelajuan berganda pada harga separuh&#8221;.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Bajet 2017 yang bertemakan &#8220;Menjamin Perpaduan dan Pertumbuhan Ekonomi,  Menghemah Perbelanjaan Inklusif, Mensejahterakan Kehidupan Rakyat  Seluruh,&#8221; menyediakan perumahan mampu milik, menambah bayaran BR1M  selain memperkenalkan pelepasan cukai gaya hidup, meningkatkan saling  hubungan digital dan memberi rangsangan kepada syarikat permulaan dan  PKS.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Bagi pakar ekonomi United Overseas Bank (M) Bhd (UOB), Julia Goh, beliau  menyifatkan bajet kali ini sebagai langkah pengimbangan sukar antara  menyokong pertumbuhan, menangani jurang dasar dan menyelesaikan isu-isu  struktur di samping mengekalkan fiskal berhemat.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Bagi AllianceDBS Research, peruntukan fiskal terhad dalam Bajet 2017  tidak menyediakan banyak ruang bagi dasar baharu meningkatkan  pertumbuhan.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Seperti yang diumumkan, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM260.8 bilion  dalam Bajet 2017, yang mana daripada jumlah itu RM214.8 bilion akan  diperuntukkan bagi perbelanjaan operasi dan RM46.0 bilion perbelanjaan  pembangunan.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Hasil fiskal dijangka meningkat sebanyak 3.4 peratus kepada RM219.7  bilion pada 2017 berbanding RM212.6 bilion yang dijangkakan pada 2016,  disumbang terutamanya daripada kutipan cukai langsung pada 45.1 peratus.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Sumbangan berkaitan minyak dijangka berkurangan kepada 13.8 peratus  daripada 14.6 peratus pada 2016 manakala sumbangan daripada Cukai Barang  dan Perkhidmatan (GST) diunjur sebanyak RM40 bilion berbanding RM38.5  bilion yang diunjurkan tahun ini, akan membentuk 18.2 peratus daripada  jumlah hasil.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Seterusnya, defisit fiskal kerajaan yang dijangka lebih tinggi pada  RM40.3 bilion tahun depan akan menyumbang bagi 3.0 peratus daripada  Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding unjuran RM38.7 bilion pada  2016 (3.1 peratus).<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Bagi AllianceDBS Research, pertumbuhan KDNK sebenar pada 2017 perlu  sekurang-kurangnya 4.6 peratus bagi memastikan sasaran defisit dapat  dicapai.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Bagaimanapun, bagi Hanifah Hashim, Pengarah Eksekutif di Franklin  Templeton Investments, beliau berkata Malaysia terus menunjukkan  disiplin fiskal.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Ia dilakukan dengan mengurangkan secara beransur-ansur defisit fiskalnya  sejak krisis kewangan global hingga sekarang, melaksanakan pelbagai  langkah memeritkan seperti memperkenalkan cukai barang dan perkhidmatan,  mengurangkan subsidi bahan api serta mempelbagaikan ekonomi, katanya.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Sementara itu, dilaporkan bahawa perbelanjaan subsidi akan turun kepada  sekitar 1.7 peratus daripada KDNK pada 2017 daripada paras 4.5 peratus  pada 2012.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Keseluruhannya, ini merupakan Bajet berhati-hati dan walaupun sesetengah  langkah mungkin tidak popular, namun orang yang memerlukannya mungkin  bersyukur menerimanya.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Apa juga yang dikatakan dan dilakukan, rakyat terus menjadi fokus utama dan semua usaha ditumpukan ke arah kesejahteraan mereka.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>&#8212; BERNAMA<\/span><\/div>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bernama23\/10\/2016 \u00a0Oleh Siti Hawa OthmanKUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) &#8212; Walaupun berdepan sumber yang terhad, pasti ada cara kreatif untuk mencari jalan bagi meneruskan kehidupan dan berbelanja dengan berhemat.Begitu juga, Bajet 2017, yang dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat, dirangka dengan memasukkan pelbagai langkah yang akan terus [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":268,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[5],"tags":[],"class_list":["post-675","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-dari-cuepacs"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/675","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/268"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=675"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/675\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=675"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=675"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=675"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}