{"id":685,"date":"2016-11-21T08:19:00","date_gmt":"2016-11-21T00:19:00","guid":{"rendered":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/ketua-jabatan-perlu-hentikan-amalan-beri-amaran-secara-pentadbiran-ksn\/"},"modified":"2016-11-21T08:19:00","modified_gmt":"2016-11-21T00:19:00","slug":"ketua-jabatan-perlu-hentikan-amalan-beri-amaran-secara-pentadbiran-ksn","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/ketua-jabatan-perlu-hentikan-amalan-beri-amaran-secara-pentadbiran-ksn\/","title":{"rendered":"KETUA JABATAN PERLU HENTIKAN AMALAN BERI AMARAN SECARA PENTADBIRAN &#8211; KSN"},"content":{"rendered":"<div dir=\"ltr\" style=\"text-align: left\">\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: x-small\">Bernama<br \/>20\/11\/2016<\/span><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/><\/span><\/div>\n<p><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">   <\/span><\/p>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>       KUALA TERENGGANU,  20 Nov (Bernama) &#8212; Amalan menghukum penjawat awam  yang melakukan kesalahan tatatertib dengan hanya memberi amaran secara  pentadbiran perlu dihentikan, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr  Ali Hamsa.<\/p>\n<p> Beliau berkata hukuman itu terlalu ringan dan tidak mencerminkan  aspirasi kerajaan dalam memastikan semua penjawat awam benar-benar  bersih daripada semua perlakuan negatif yang boleh menjejaskan  perkhidmatan mereka kepada rakyat.<\/p>\n<p>  &#8220;Amaran secara pentadbiran ini adalah amaran tanpa rekod. Sepatutnya  bila penjawat awam lakukan kesalahan, dia perlu diberi amaran dan  tindakan tatatertib daripada potongan gaji, tiada kenaikan pangkat  sehinggalah sampai ke peringkat buang kerja.<\/p>\n<p> &#8220;Jika kena amaran, tindakan paling minimum yang dia terpaksa hadapi  ialah tiada kenaikan pangkat selama setahun&#8230;tapi jika ketua jabatan  hanya beri amaran pentadbiran, penjawat awam itu tidak akan dikenakan  apa-apa tindakan.<\/p>\n<p> &#8220;Jadi, kita akan keluarkan pekeliling kepada ketua jabatan supaya  amalan mengeluarkan amaran secara pentadbiran ini tidak lagi digunakan  selepas ini,&#8221; katanya.<\/p>\n<p> Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perhimpunan  khas penjawat awam negeri Terengganu bersama KSN di Wisma Darul Iman di  sini Ahad.<\/p>\n<p>  Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Wan Nawawi Wan  Ismail; Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam  (Cuepacs), Datuk Azih Muda dan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam  (Pembangunan) Datuk Mohtar Mohd Abd Rahman.<\/p>\n<p>  Mengulas lanjut, Ali berkata ramai ketua jabatan hanya mengeluarkan  amaran secara pentadbiran kepada kakitangan yang melakukan kesalahan  tatatertib kerana mahu menjadi ketua yang baik kepada pekerja di  bawahnya, sedangkan tindakan itu juga adalah satu kesalahan.<\/p>\n<p> &#8220;Jika kakitangan diberi amaran tatatertib, mereka boleh disiasat  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dikenakan  hukuman di atas kesalahan dilakukan,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>  Selain itu, beliau juga mahu penjawat awam melakukan pelbagai tugas  secara lebih produktif supaya tiada pembaziran tenaga kerja berlaku  kerana amalan tersebut dapat meningkatkan lagi kecemerlangan dalam  perkhidmatan awam.<\/p>\n<p>  &#8220;Di sektor swasta, kakitangan mereka sudah biasa membuat pelbagai tugas dan tidak hanya melaksanakan tugas khas mereka sahaja.<\/p>\n<p> &#8220;Sebagai contoh, pemandu kepada ketua jabatan, dia akan jemput serta  hantar ketua jabatan di luar waktu pejabat dan akan membuat tuntutan  kerja lebih masa.<\/p>\n<p> &#8220;Jadi, dalam masa lapan jam yang lain, apa lagi kerja yang boleh  pemandu itu buat agar menjadi lebih produktif dan memberi sumbangan  kepada kerajaan,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>  &#8212; BERNAMA<\/span><\/div>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bernama20\/11\/2016 KUALA TERENGGANU, 20 Nov (Bernama) &#8212; Amalan menghukum penjawat awam yang melakukan kesalahan tatatertib dengan hanya memberi amaran secara pentadbiran perlu dihentikan, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa. Beliau berkata hukuman itu terlalu ringan dan tidak mencerminkan aspirasi kerajaan dalam memastikan semua penjawat awam benar-benar bersih daripada semua perlakuan negatif yang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":268,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[5],"tags":[],"class_list":["post-685","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-dari-cuepacs"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/685","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/268"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=685"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/685\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=685"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=685"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=685"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}