{"id":686,"date":"2016-11-24T15:49:00","date_gmt":"2016-11-24T07:49:00","guid":{"rendered":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/mahu-kerajaan-perkenalkan-ekk\/"},"modified":"2016-11-24T15:49:00","modified_gmt":"2016-11-24T07:49:00","slug":"mahu-kerajaan-perkenalkan-ekk","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/mahu-kerajaan-perkenalkan-ekk\/","title":{"rendered":"MAHU KERAJAAN PERKENALKAN EKK"},"content":{"rendered":"<div dir=\"ltr\" style=\"text-align: left\">\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-size: x-small\">Harian Metro<\/span><\/div>\n<div class=\"node-meta clearfix\" style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-size: x-small\">            <\/span><\/p>\n<div class=\"author-wrapper\"><span style=\"font-size: x-small\">                  <\/span><\/p>\n<div class=\"author\"><span style=\"font-size: x-small\">Hamzah Osman<\/span><\/div>\n<p><span style=\"font-size: x-small\">          <\/span><\/p>\n<div class=\"author-email\"><span style=\"font-size: x-small\">am@hmetro.com.my<\/span>24\/11\/2016<\/div>\n<div class=\"author-email\">\u00a0<\/div>\n<div class=\"author-email\">\u00a0<\/div>\n<div class=\"author-email\">\u00a0<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<div class=\"field field-name-body field-type-text-with-summary field-label-hidden\">\n<div class=\"field-items\">\n<div class=\"field-item even\">\n<div style=\"text-align: justify\"><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\">Langkawi: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam  (CUEPACS) mencadangkan kerajaan memperkenalkan Elaun Kesulitan Khas  (EKK) untuk penjawat awam yang tinggal di pulau ini bagi menghadapi  kenaikan kos sara hidup.<\/div>\n<div class=\"separator\" style=\"clear: both;text-align: justify\"><a href=\"https:\/\/1.bp.blogspot.com\/-2kQKw8Ft0Fs\/WDabKxIw64I\/AAAAAAAACB0\/VFjpQ2jl4qgkH_ymuY9KcZ7TMY2rx0QBQCLcB\/s1600\/cuepacs.jpg_1479963978.jpg\" style=\"clear: right;float: right;margin-bottom: 1em;margin-left: 1em\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" border=\"0\" height=\"153\" src=\"https:\/\/1.bp.blogspot.com\/-2kQKw8Ft0Fs\/WDabKxIw64I\/AAAAAAAACB0\/VFjpQ2jl4qgkH_ymuY9KcZ7TMY2rx0QBQCLcB\/s320\/cuepacs.jpg_1479963978.jpg\" width=\"320\" \/><\/a><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\">Timbalan Presiden II CUEPACS Mohd Shaman Jaes berkata, EKK jika  dilaksanakan dapat mengurangkan bebanan kewangan lebih 2,000 penjawat  awam khususnya kakitangan sokongan II yang tinggal di Langkawi.<\/div>\n<div style=\"text-align: justify\">&#8220;CUEPACS menerima banyak keluhan dan rintihan penjawat awam yang  berkhidmat di pulau ini berkaitan bebanan kewangan masing-masing selepas  terpaksa menyewa rumah dan perbelanjaan harian yang tinggi.<\/div>\n<div style=\"text-align: justify\">&#8220;Kesukaran mendapat rumah sewa di Langkawi amat ketara, malah kalau  ada pun kadar sewanya tinggi antara RM500 hingga RM1,000 sebulan sekali  gus membebankan penjawat awam,&#8221; katanya selepas menghadiri Dialog  Penjawat Awam Teknikal, di sini, hari ini.<\/div>\n<div style=\"text-align: justify\">Mohd Shaman berkata, sudah tiba masanya kerajaan memperkenalkan elaun  itu kerana jika kakitangan awam tidak dibantu, tumpuan kerja mereka  akan terganggu dan sesetengahnya memilih melakukan pekerjaan sampingan  untuk mendapat pendapatan tambahan.<\/div>\n<div style=\"text-align: justify\">&#8220;Elaun dicadangkan ini setara atau lebih tinggi daripada Bayaran  Insentif Wilayah yang diberikan kepada penjawat awam berasal dari Sabah  dan Sarawak yang ditempatkan di Semenanjung atau sebaliknya.<\/div>\n<div style=\"text-align: justify\">&#8220;Kira-kira 10 tahun lalu, isu ini pernah disebut tetapi tiada  tindakan susulan sehingga ia tenggelam begitu sahaja dan kini CUEPACS  tampil sekali lagi untuk mengangkatnya bagi perhatian kerajaan,&#8221;  katanya.<\/div>\n<div style=\"text-align: justify\">Beliau berkata, kerajaan perlu lebih proaktif membantu kakitangan  awam yang berkhidmat di kepulauan kerana bebanan kewangan ditanggung  mereka menyamai masalah dihadapi penjawat awam di bandar metropolitan  seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang dan Ipoh.<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Harian Metro Hamzah Osman am@hmetro.com.my24\/11\/2016 \u00a0 \u00a0 \u00a0 Langkawi: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan kerajaan memperkenalkan Elaun Kesulitan Khas (EKK) untuk penjawat awam yang tinggal di pulau ini bagi menghadapi kenaikan kos sara hidup. Timbalan Presiden II CUEPACS Mohd Shaman Jaes berkata, EKK jika dilaksanakan dapat mengurangkan bebanan kewangan lebih 2,000 [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":268,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[5],"tags":[],"class_list":["post-686","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-dari-cuepacs"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/686","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/268"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=686"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/686\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=686"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=686"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=686"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}