{"id":728,"date":"2017-03-24T05:04:00","date_gmt":"2017-03-23T21:04:00","guid":{"rendered":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/kerajaan-sumbang-rm5-juta-kepada-cuepacscare-pm-najib\/"},"modified":"2017-03-24T05:04:00","modified_gmt":"2017-03-23T21:04:00","slug":"kerajaan-sumbang-rm5-juta-kepada-cuepacscare-pm-najib","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/kerajaan-sumbang-rm5-juta-kepada-cuepacscare-pm-najib\/","title":{"rendered":"KERAJAAN SUMBANG RM5 JUTA KEPADA CUEPACSCARE &#8211; PM NAJIB"},"content":{"rendered":"<div dir=\"ltr\" style=\"text-align: left\">\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: x-small\">Bernama<br \/>23\/3\/2017<\/span><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/><\/span><\/div>\n<p><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><\/span><\/p>\n<div class=\"NewsText\" style=\"text-align: justify\"> <span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span id=\"newsPic2\" style=\"clear: right;float: right;margin-bottom: 1em;margin-left: 1em\"><img decoding=\"async\" border=\"1\" src=\"http:\/\/newsdata2.bernama.com\/bernama\/newspic\/am\/najib%20cuepacs.jpg\" width=\"300\/\" \/><\/span>KUALA  LUMPUR, 23  Mac (Bernama) &#8212; Kerajaan akan menyumbang RM5 juta kepada  Program Takaful CuepacsCare tahun ini bagi menampung kenaikan kos  perkhidmatan kesihatan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Beliau berkata skim perlindungan yang merupakan alternatif kepada  penjawat awam bagi mendapatkan rawatan di hospital pakar swasta itu  telah memberi manfaat kepada kira-kira 73,000 kakitangan kerajaan, di  samping mengurangkan kesesakan yang dialami di hospital kerajaan.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>&#8220;Kita lihat bahawa ada cadangan untuk kenaikan yuran skim ini tetapi  saya ingin maklumkan bahawa kerajaan akan terus membantu skim ini  walaupun kos kesihatan melambung tinggi.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>&#8220;Tahun ini, kerajaan akan sumbang RM5 juta kepada skim ini untuk  menampung segala kenaikan yang bakal dihadapi,&#8221; katanya ketika berucap  pada Majlis Penghargaan &#8216;Budi Disemai, Jasa Disanjung&#8217; bersama Perdana  Menteri dan penerima manfaat CuepacsCare anjuran Kongres Kesatuan  Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) di sini hari ini.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Najib bagaimanapun berharap caruman bagi skim perlindungan berkenaan  akan kekal dengan harga yang rendah dan terus mampu dimiliki golongan  penjawat awam di negara ini.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Perdana Menteri juga meminta Cuepacs dan syarikat insurans Sun Life   Malaysia Takaful Berhad yang mengendalikan skim tersebut supaya  berbincang dan mencari jalan terbaik bagi memastikan caruman skim  tersebut kekal rendah.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Program Takaful CuepacsCare yang menawarkan pelan pelindungan serendah  RM85 sebulan bagi satu keluarga telah membelanjakan RM201 juta nilai  tuntutan sehingga tahun lepas.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Dalam pada itu Najib berkata hasil kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan  (GST) juga turut membantu menampung kos perkhidmatan kesihatan yang  berjumlah kira-kira RM22 bilion setahun, sekali gus mengurangkan  perbelanjaan tahunan negara untuk sektor kesihatan.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>&#8220;Kita terpaksa belanja kira-kira RM22 bilion setahun untuk perkhidmatan  kesihatan namun kita cuma kutip dalam RM400 juta hingga RM500 juta  setahun sahaja. Maknanya RM21.5 bilion terpaksa ditampung kerajaan.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>&#8220;Sebab itu kalau orang tanya bila kita kenakan GST dan di mana hasil GST  itu digunakan, jawapannya antaranya menyediakan perkhidmatan kesihatan  untuk rakyat Malaysia. Jadi kita tak bolehlah politikkan kutipan GST  kerana kalau kita tak naikkan kos rawatan kesihatan awam, kita terpaksa  tampung hasilnya daripada sumber-sumber lain,&#8221; katanya.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda menjelaskan bantuan RM5 juta itu akan  digunakan bagi menampung lebihan tuntutan pembiyaan perlindungan  sekiranya diperlukan.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Selaras dengan sumbangan tersebut, Azih berkata Cuepacs menyasarkan  seorang penjawat awam mempunyai sekurang-kurangnya satu skim  perlindungan takaful yang mampu dibiayai.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>&#8212; BERNAMA <\/span><\/div>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bernama23\/3\/2017 KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) &#8212; Kerajaan akan menyumbang RM5 juta kepada Program Takaful CuepacsCare tahun ini bagi menampung kenaikan kos perkhidmatan kesihatan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Beliau berkata skim perlindungan yang merupakan alternatif kepada penjawat awam bagi mendapatkan rawatan di hospital pakar swasta itu telah memberi manfaat kepada kira-kira 73,000 [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":268,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[5],"tags":[],"class_list":["post-728","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-dari-cuepacs"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/728","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/268"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=728"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/728\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=728"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=728"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=728"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}