{"id":975,"date":"2017-07-06T16:55:00","date_gmt":"2017-07-06T08:55:00","guid":{"rendered":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/pegawai-perubatan-lantikan-kontrak-baharu-wajib-lulus-bm\/"},"modified":"2017-07-06T16:55:00","modified_gmt":"2017-07-06T08:55:00","slug":"pegawai-perubatan-lantikan-kontrak-baharu-wajib-lulus-bm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/pegawai-perubatan-lantikan-kontrak-baharu-wajib-lulus-bm\/","title":{"rendered":"PEGAWAI PERUBATAN LANTIKAN KONTRAK BAHARU WAJIB LULUS BM"},"content":{"rendered":"<div dir=\"ltr\" style=\"text-align: left\">\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: x-small\">Bernama <\/span><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: x-small\">Tarikh kemaskini: 05\/07\/2017 <\/span><\/p>\n<p><br class=\"clear\" \/><\/span>    <\/div>\n<div class=\"NewsText\" style=\"text-align: justify\"> <span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span id=\"newsPic2\" style=\"clear: right;float: right;margin-bottom: 1em;margin-left: 1em\"><img decoding=\"async\" border=\"1\" src=\"http:\/\/newsdata2.bernama.com\/bernama\/newspic\/am\/FW585744_PTJ05_050717_SUBRA.jpg\" width=\"300\/\" \/><br \/><b>Datuk Seri Dr S.Subramaniam<\/b><\/span>PUTRAJAYA,  5 Julai (Bernama) &#8212; Kabinet hari ini memutuskan Pegawai Perubatan Gred  UD41 lantikan kontrak baharu wajib lulus Bahasa Melayu (BM) di  peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kata Menteri Kesihatan Datuk  Seri Dr S.Subramaniam.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Beliau berkata perkara itu diputuskan bagi mewujudkan keseragaman dalam  lantikan dan Kementerian Pendidikan akan membantu dalam mewujudkan  peperiksaan BM peringkat SPM yang boleh diambil secara tunggal tanpa  membabitkan subjek lain.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Dr Subramaniam menjelaskan sejak 2003, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)  memberi kelonggaran dan tidak mewajibkan syarat lulus BM bagi pelantikan  pegawai perubatan latihan siswazah dengan kementerian kerana wujud  keperluan kementerian untuk mengambil pegawai perubatan secara kontrak.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Katanya, dalam tempoh dua tahun mereka menjadi pegawai latihan, mereka  perlu lulus mata pelajaran tersebut sebelum dilantik sebagai pegawai  perubatan.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>&#8220;Sejak beberapa hari, isu kelonggaran syarat lulus BM menimbulkan  pelbagai kekeliruan. Saya ingin memperbetulkan dan menjelaskan isu itu.  Satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Saya ingin menjelaskan pada 2015, Kementerian Kesihatan secara sendiri  telah memutuskan bahawa lulus BM perlu menjadi syarat untuk pelantikan  pegawai perubatan.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>&#8220;Jadi, kami membuat permohonan itu pada Nov 2015, dan JPA balas pada  awal 2016 serta meluluskan permohonan Kementerian Kesihatan bahawa semua  pegawai perubatan yang akan dilantik perlu lulus Bahasa Melayu,&#8221;  katanya dalam sidang media di sini hari ini.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan  Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bahawa JPA telah memberi persetujuan  untuk melonggarkan syarat pelantikan secara kontrak bagi jawatan Pegawai  Perubatan Gred UD41 di Kementerian Kesihatan pada 23 Feb lepas.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Sabtu lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi  meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun  dan Dr Subramaniam untuk memberi penjelasan berhubung kelonggaran syarat  lulus Bahasa Melayu di peringkat SPM pada mesyuarat Jemaah Menteri hari  ini.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Mengulas lanjut, Dr Subramaniam berkata lantikan kontrak untuk Pegawai  Perubatan diperkenalkan sejak Disember 2016 berikutan kebanjiran graduan  perubatan.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>Beliau berkata sejak Dis 2016 sehingga sekarang, seramai 4,500 pegawai  perubatan telah dilantik dan daripada jumlah itu, hanya 23 pegawai  perubatan latihan siswazah bersama kementerian tidak mempunyai kelulusan  dalam Bahasa Melayu atas pelbagai faktor.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>&#8220;Semasa lantikan ini, kita menghadapi situasi di mana sekumpulan kecil  yang tidak dapat mengikuti sistem pendidikan seperti di negara ini  kerana mengikut ibu bapa bekerja di luar negara. Sistem pendidikan  mereka berbeza dengan negara ini dan tidak mengambil subjek BM.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>&#8220;Hari ini, Kabinet memutuskan bahawa 23 individu ini diberi peluang  untuk lulus BM semasa mengikuti latihan siswazah mereka selama dua  tahun,&#8221; katanya.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> &#8212; BERNAMA   <\/span><\/div>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bernama Tarikh kemaskini: 05\/07\/2017 Datuk Seri Dr S.SubramaniamPUTRAJAYA, 5 Julai (Bernama) &#8212; Kabinet hari ini memutuskan Pegawai Perubatan Gred UD41 lantikan kontrak baharu wajib lulus Bahasa Melayu (BM) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.Beliau berkata perkara itu diputuskan bagi mewujudkan keseragaman dalam lantikan dan Kementerian Pendidikan akan membantu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":268,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[5],"tags":[],"class_list":["post-975","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-dari-cuepacs"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/975","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/268"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=975"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/975\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=975"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=975"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=975"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}