{"id":977,"date":"2017-07-04T16:50:00","date_gmt":"2017-07-04T08:50:00","guid":{"rendered":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/lulusan-bm-dilonggarelak-ratusan-graduan-perubatan-disia-siakan-mma\/"},"modified":"2017-07-04T16:50:00","modified_gmt":"2017-07-04T08:50:00","slug":"lulusan-bm-dilonggarelak-ratusan-graduan-perubatan-disia-siakan-mma","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/lulusan-bm-dilonggarelak-ratusan-graduan-perubatan-disia-siakan-mma\/","title":{"rendered":"LULUSAN BM DILONGGAR,ELAK RATUSAN GRADUAN PERUBATAN DISIA-SIAKAN -MMA"},"content":{"rendered":"<div dir=\"ltr\" style=\"text-align: left\">\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: x-small\">Bernama<\/span><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: x-small\"> Tarikh kemaskini: 03\/07\/2017 <\/span><\/p>\n<p><br class=\"clear\" \/><\/span><\/div>\n<p><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">    <\/span><\/p>\n<div class=\"NewsText\" style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\">  KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) &#8212; Keputusan Jabatan Perkhidmatan Awam  (JPA) untuk  melonggarkan syarat kelayakan lulus Bahasa Melayu (BM)  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi lantikan kontrak Pegawai Perubatan  Gred  1  mampu mengelak negara hilang kepakaran ratusan graduan  perubatan setiap tahun.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr Ravindran R. Naidu  berkata melalui langkah itu, kira-kira 300 hingga 400 graduan perubatan  termasuk yang menjalani persekolahan di luar negara dan menduduki  peperiksaan O-level di sekolah antarabangsa dapat menjalani latihan  siswazah selama dua tahun dan khidmat wajib dua tahun di Kementerian  Kesihatan.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Katanya, ini membolehkan mereka layak mendapatkan sijil pengamal  perubatan dan berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC),  sekaligus mengekalkan modal insan dalam bidang perubatan di negara ini.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>  &#8220;Jika mereka tidak dapat menjalani latihan siswazah dan khidmat wajib  berkenaan, mereka  tidak  dapat menjadi seorang doktor dan ini akan  merugikan negara.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> &#8220;Mereka (graduan perubatan) tidak boleh bekerja di klinik swasta dan  farmasi sekalipun, jika tidak mempunyai sijil pengamal perubatan, jadi  adakah mereka perlu menjadi pemandu teksi atau konduktor bas?&#8221; katanya  kepada Bernama hari ini.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>  Pada ketika ini nisbah doktor di Malaysia ialah 1:600 pesakit, berbanding sasaran 1:400 menjelang 2020.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>  Dr Ravindran mengulas keputusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk   melonggarkan syarat kelayakan lulus BM bagi graduan perubatan  itu pada  23 Feb lalu bagi pelantikan secara kontrak jawatan Pegawai Perubatan  Gred UD41 di Kementerian Kesihatan bagi graduan perubatan yang tidak  menduduki  peperiksaan BM di peringkat SPM atas pelbagai sebab.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>  Bagaimanapun, langkah memberikan kelonggaran syarat lulus BM itu  mendapat reaksi pelbagai pihak yang khuatir bahawa bahasa kebangsaan  dipandang remeh selain akan timbul masalah komunikasi antara pegawai  perubatan dan pesakit kelak.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> Mengenai kebimbangan bahawa kelonggaran akan membelakangkan kepentingan  BM sebagai bahasa kebangsaan, Dr Ravindran berpendapat itu bukan isu  besar kerana graduan berkenaan tetap perlu memenuhi syarat lulus BM di  peringkat SPM bagi tujuan pelantikan tetap ke jawatan Pegawai Perubatan  di Kementerian Kesihatan.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> &#8220;Jadi isu tidak memartabatkan BM itu tidak timbul,&#8221; katanya.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/>  Mengenai anggapan masalah komunikasi antara pegawai perubatan dan  pesakit, beliau berkata masalah itu tidak timbul kerana graduan  perubatan berkenaan merupakan warga Malaysia dan diyakini mampu bertutur  dalam bahasa kebangsaan.<\/span><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/> &#8212; BERNAMA   <\/span><\/div>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bernama Tarikh kemaskini: 03\/07\/2017 KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) &#8212; Keputusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk melonggarkan syarat kelayakan lulus Bahasa Melayu (BM) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi lantikan kontrak Pegawai Perubatan Gred 1 mampu mengelak negara hilang kepakaran ratusan graduan perubatan setiap tahun. Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr Ravindran R. Naidu berkata melalui [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":268,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[5],"tags":[],"class_list":["post-977","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-dari-cuepacs"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/977","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/268"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=977"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/977\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=977"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=977"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=977"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}