{"id":996,"date":"2017-07-11T17:15:00","date_gmt":"2017-07-11T09:15:00","guid":{"rendered":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/rancang-perbelanjaan-pada-musim-perayaan\/"},"modified":"2017-07-11T17:15:00","modified_gmt":"2017-07-11T09:15:00","slug":"rancang-perbelanjaan-pada-musim-perayaan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/rancang-perbelanjaan-pada-musim-perayaan\/","title":{"rendered":"RANCANG PERBELANJAAN PADA MUSIM PERAYAAN"},"content":{"rendered":"<div dir=\"ltr\" style=\"text-align: left\">\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><span style=\"font-size: x-small\">KOSMO<br \/>10\/7\/2017<br \/><\/span><\/span><\/div>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><br \/><\/span><\/div>\n<div class=\"separator\" style=\"clear: both;text-align: justify\"><span id=\"advenueINTEXT\" style=\"clear: left;float: left;margin-bottom: 1em;margin-right: 1em\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" border=\"1\" height=\"243\" hspace=\"5\" src=\"http:\/\/www.kosmo.com.my\/kosmo\/pix\/2017\/0630\/Kosmo\/Rencana_Utama\/ru_02.1.jpg\" vspace=\"5\" width=\"400\" \/><br \/><span style=\"font-size: xx-small\"><\/span><\/span><\/div>\n<div class=\"caption\"><span style=\"font-size: xx-small\">MASYARAKAT perlu berbelanja secara berhemah dengan bijak membezakan antara keperluan dan kehendak. \u2013 Gambar hiasan <\/span><\/div>\n<hr noshade=\"noshade\" size=\"1\" \/> Perancangan kewangan sememangnya penting untuk menyambut Aidilfitri.  Segalanya perlu diambil kira. Daripada pakaian baharu, pemberian duit  raya, kos perjalanan untuk melakukan ziarah hinggalah juadah untuk  menjamu tetamu yang datang ke rumah.<br \/> Perkara-perkara ini sebenarnya satu kelaziman pada lebaran dan tidak  akan menimbulkan masalah kewangan yang berat sekiranya seseorang itu  berbelanja dengan berhemah berdasarkan kemampuan.<br \/> Sepanjang musim perayaan ini, orang ramai terutama mereka yang  berpendapatan rendah perlu beringat semasa berbelanja agar tidak  tertekan atau dibebani hutang selepas perayaan berakhir.<br \/> Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam  (CUEPACS), Datuk Azih Muda berkata, fenomena berhutang setiap kali  perayaan menjadi trend kalangan penjawat awam dan ia sekali gus  membebankan mereka terutama mereka yang berpendapatan rendah.<br \/> \u201cCUEPACS merayu kepada orang ramai khususnya penjawat awam supaya  merancang perbelanjaan dan berbelanja secara berhemah. Kami tidak mahu  ada yang sehingga terpaksa menanggung hutang selepas musim perayaan.  Masalah ini sentiasa berulang setiap tahun,\u201d katanya ketika dihubungi  Kosmo! baru-baru ini.<br \/> Tambah beliau, seorang penjawat awam akan terus dibelenggu dengan  masalah hutang jika sikap meminjam sama ada dengan individu atau  syarikat setiap kali musim perayaan, tidak diubah.<br \/> \u201cPaling membimbangkan, apabila terdapatnya trend untuk berhutang  dengan ah long disebabkan kad kredit habis digunakan untuk berbelanja.  Perkembangan ini adalah satu senario tidak sihat dan harus dielakkan  oleh penjawat awam. <br \/> \u201cSelain itu, kewangan yang tidak mencukupi untuk menampung  perbelanjaan harian keluarga juga antara punca mereka terpaksa meminjam  dan akhirnya berdepan masalah hutang yang serius selepas hari raya,\u201d  ujarnya.<br \/> Bajet<br \/> Justeru, CUEPACS berharap trend berhutang setiap kali musim perayaan  akan dapat diubah dengan perancangan perbelanjaan yang lebih baik pada  masa hadapan.<br \/> Sementara itu, Timbalan Dekan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan  Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Mohd. Azlan Shah Zaidi  berkata, tabiat berbelanja masyarakat juga perlu diubah mengikut situasi  ekonomi semasa dan peningkatan kos sara hidup.<br \/> Katanya, membuat persiapan dan perbelanjaan untuk musim perayaan  adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan, namun yang menimbulkan  masalah jika gagal membuat perancangan kewangan walaupun sedia maklum ia  adalah sesuatu langkah yang baik.<br \/> Selain itu, Mohd. Azlan berkata, ramai orang mempunyai pengetahuan  tentang kepentingan menyediakan bajet namun amalannya masih lagi rendah  berikutan tanggapan masyarakat bahawa raya hanya setahun sekali.<br \/> \u201cSaya berpendapat, aktiviti menyediakan bajet ini patut menjadi  amalan dan tabiat semua orang tidak kira latar belakang dan sosioekonomi  serta bukan hanya tertumpu pada musim perayaan.<br \/> \u201cSebagai pengguna, kuasa beli dan pilihan adalah di tangan kita  sendiri maka hanya kita yang perlu merencanakan persiapan dan  perbelanjaan untuk menyambut Syawal,\u201d katanya.<br \/> Jelasnya lagi, masyarakat perlu menyediakan bajet raya yang realistik  dan mengikut kemampuan kewangan masing-masing dan sebaiknya  mengutamakan kesederhanaan.<br \/> Sebagai panduan untuk Aidilfitri tahun-tahun mendatang, Mohd. Azlan  menyarankan supaya individu dan keluarga mula membuat persiapan  Aidilfitri lebih awal iaitu beberapa bulan sebelum Ramadan.<br \/>  \u201cOrang ramai mungkin boleh memperuntukkan antara satu hingga tiga  bulan sebelum Ramadan untuk melakukan pembelian yang kecil manakala  tempoh yang lebih lama, kira-kira enam bulan sebelum Ramadan untuk  pembelian jumlah yang besar.<br \/> \u201cIni bertujuan memberikan masa yang cukup kepada pengguna membuat  simpanan dan melakukan perbandingan dari segi kualiti, kuantiti dan  harga,\u201d ujarnya.<\/p>\n<div style=\"text-align: justify\"><span style=\"font-family: Arial,Helvetica,sans-serif\"><\/span><\/div>\n<div style=\"background-color: white;border: medium none;color: black;overflow: hidden;text-align: left;text-decoration: none\">\n<div style=\"text-align: justify\"><\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOSMO10\/7\/2017 MASYARAKAT perlu berbelanja secara berhemah dengan bijak membezakan antara keperluan dan kehendak. \u2013 Gambar hiasan Perancangan kewangan sememangnya penting untuk menyambut Aidilfitri. Segalanya perlu diambil kira. Daripada pakaian baharu, pemberian duit raya, kos perjalanan untuk melakukan ziarah hinggalah juadah untuk menjamu tetamu yang datang ke rumah. Perkara-perkara ini sebenarnya satu kelaziman pada lebaran dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":268,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[5],"tags":[],"class_list":["post-996","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-dari-cuepacs"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/996","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/users\/268"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=996"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/996\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=996"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=996"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/persatuan.utm.my\/kkautm\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=996"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}