+6 07-553 3333 perkaba@utm.my

 

Kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri khususnya kepada semua ahli PERKABA dan umat Islam dengan ucapan Maaf Zahir & Batin. Inilah harinya untuk kita meraikan kemenangan setelah sebulan kita berpuasa. Semoga madrasah Ramadan yang telah kita susuri dapat memberi impak dalam kehidupan kita dalam mengawal tuntutan nafsu dan kembalinya kita kepada fitrah manusia. Semoga pada hari raya ini, kita memulakan hidup yang baru, azam dan tekad yang baru, dan matlamat serta perjuangan, yang lebih jelas berpaksikan pada akidah, dan syari’at yang betul di sisi Islam.

Semoga kita semua akan menjadi insan yang lebih cemerlang dan produktif hasil dari tarbiyah dalam bulan Ramadan yang telah meninggalkan kita.

Kepada yang memandu sama ada untuk pulang ke kampung atau berhari raya, berhati-hati dan ingatlah orang yang tersayang.