Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT diatas limpah rahmat dan kurniaNya, Mesyuarat Agung PERKABA ke-16 telah berjalan dengan lancar dan jayanya tanpa sebarang halangan atau perkara yang tidak diingini. Tidak ketinggalan juga, ucapan penghargaan dan tahniah kepada semua ahli yang telah sama-sama hadir bagi menjayakan mesyuarat ini. Sesungguhnya, kehadiran tuan/puan adalah amat bermakna dan telah menceriakan lagi perjalanan mesyuarat tersebut.

Tidak lupa, sekalung penghargaan dan tahniah kepada barisan AJK PERKABA yang telah memberikan komitmen dan sumbangan sepanjang sesi 2016/2017. Semoga segala usaha murni yang dicurahkan dalam menjayakan matlamat PERKABA mendapat ganjaran dari Allah SWT.

Seterusnya, tahniah diucapkan diharapkan kepada barisan kepimpinan PERKABA sesi 2017/2018 yang baharu dilantik. Selamat maju jaya!!