Sukacita dimaklumkan bahawa, YDP PERKABA akan mengadakan kunjungan mesra dan tautan ukhwah dengan semua ahli PERKABA di UTM Kuala Lumpur. Dalam majlis ini juga akan diadakan sesi pelantikan AJK PERKABA UTMKL yang akan menjadi perantara dengan AJK induk di UTMJB. Majlis ramah mesra ini akan diadakan seperti maklumat berikut:

Tarikh: 14 Julai 2017 (Jumaat)
Masa: 2.45 petang
Tempat:
Dewan Jumaah, UTMKL

Pelbagai tawaran istimewa disediakan kepada semua Ahli PERKABA UTMKL seperti berikut:
+ Elaun Kehadiran
+ Cenderahati
+ Pendaftaran Keahlian Baharu (layak untuk mendapat RM10 sahaja)
+ Hadiah Cabutan Bertuah

Tentatif Program:
2.30 petang – Kehadiran ahli dan pendaftaran
3.00 petang – Bacaan Doa
3.05 petang – Ucapan Aluan oleh YDP, YBrs. En. Roslan bin Abd. Ghani
3.20 petang – Ucapan Perasmian oleh Pn. Siti Salamah bt. Mohd Shihab, Ketua Pentadbiran UTMKL
3.40 petang – Sesi pemilihan dan pelantikan AJK UTM KL
4.15 petang – Ucapan penutup dan bersurai
Sehubungan itu, semua ahli dijemput hadir untuk bertemu mesra, berkongsi rasa, membuka ruang dan peluang bagi menjayakan aktiviti PERKABA secara keseluruhannya. Semoga dengan kehadiran tuan/puan dalam majlis ini dapat menambah keceriaan dan kebersamaan kita dalam PERKABA.
Sekian, terima kasih.