Semoga Ramadan kali ini benar-benar mengangkat tahap ketakwaan kita yang merupakan matlamat asasi pensyariatan fardu puasa di bulan Ramadan sebagaimana yang telah difirmankan oleh Allah SWT yang bermaksud “Wahai orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada umat terdahulu semoga kamu bertakwa” (Surah al-Baqarah: ayat 183).
Semoga kita semua mendapat bahagian yang maksimum daripada limpahan rahmat, barakah dan maghfirah yang dijanjikan Allah SWT di bulan ini. Sekali lagi, PERKABA mengucapkan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa.