Tidak beberapa hari lagi kita akan bercuti panjang dengan meninggalkan pejabat bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung halaman masing-masing. Di kesempatan ini, PERKABA ingin mengingatkan kepada yang akan balik berhari raya dengan menggunakan kenderaan sendiri, pastikan kenderaan berada dalam keadaan sempurna sebelum memulakan perjalanan. Pandulah dengan cermat dan berhati-hati disamping mengamalkan sikap bertimbang rasa semasa memandu. Jangan memandu dalam keadaan mengantuk dan jagalah keselamatan diri dan keluarga. Kami mendoakan agar semua selamat sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat sejahtera disamping beraya bersama keluarga yang tercinta. Tidak dilupakan kepada staf yang akan bertugas pada hari raya nanti, terima kasih atas segala pengorbanan dan sumbangan yang diberikan dalam memastikan UTM terus cemerlang, gemilang dan terbilang.
Diakhir kalam, PERKABA ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin.
Minnal Aidin Wal Faizinn