Utusan Malaysia
16/4/2015
16/4/2015
AZIH MUDA (dua dari kiri) menyampaikan cenderamata kepada Ismail Karim (dua dari kanan) dalam Forum Ekonomi Penjawat Awam 2015 di Johor Bahru, Johor, semalam. UTUSAN/BAAZLAN IBRAHIM
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda berkata, skim gaji yang tidak disemak selama 20 tahun itu memaksa sebahagian daripada mereka mencari peluang pekerjaan sampingan untuk menjana pendapatan tambahan bagi menampung keperluan.
“Mereka terdiri daripada pembantu am rendah, pemandu, penghantar surat dan kakitangan sokongan. Ada yang terpaksa bekerja di pam minyak, berniaga di pasar malam, bekerja di pasar raya bagi menampung keperluan hingga menyebabkan tumpuan kerja terganggu terhadap kerja hakiki dan tahap produktiviti menurun.
“Berikutan itu, kita minta supaya kerajaan menyemak skim gaji minimum berkenaan dan dinaikkan kepada RM1,200. Walaupun diakui gaji berkenaan masih tidak mencukupi, sekurang-kurangnya dapat membantu penjawat awam terlibat,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Forum Ekonomi Penjawat Awam 2015 bertemakan Pembangunan Ekonomi Penjawat Awam dan Peranannya dalam Memacu Ekonomi Negara yang dirasmikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim di sini hari ini.
Dalam pada itu, Azih menggesa kerajaan menyemak kadar pelepasan cukai pendapatan untuk penjawat awam kepada 100 peratus berikutan peningkatan kos sara hidup terutama mereka yang tinggal di kawasan bandar.
“Setiap hari rakyat dikenakan bayaran cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan kita faham ia untuk menjana pendapatan negara, namun kerajaan perlu lihat secara komprehensif selepas melaksanakannya dan perlu disesuaikan dengan kadar pendapatan.
“Jadi, kita minta pelepasan cukai pendapatan itu merujuk kepada kategori tertentu bagi meringankan beban kakitangan awam yang berpendapatan rendah dan perlu menanggung keluarga. Misalnya pengecualian RM1,000 untuk seorang anak dinaikkan kepada RM2,000 dan sebagainya kerana banyak kos melibatkan pusat jagaan, sekolah dan sebagainya,” katanya

–