KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DALAM PERKHIDMATAN AWAM (CUEPACS)

SEJARAH PENUBUHAN

  • Abad ke 19 – Pengaruh politik dan kepentingan ekonomi British di Malaya dan kemasukan pekerja asing.
  • 1920 – Pertubuhan menyerupai kesatuan sekerja (Chinese Workers Guids)
  • 1928 – Parti Komunis Malaya di tubuhkan
  • 1935 – Mogok di lombong Batu Arang.
  • 1940 – Enakmen Kesatuan Sekerja 1940 diperkenalkan
  • 1941 – Penaklukan Jepun ke atas Malaya
  • 1945 – Kesedaran politik – penubuhan kesatuan sekerja.
  • 1946 – General Labour Union melancarkan 41 mogok, di susun semula menjadi Pa Malayan Federation of Trade Unions.
  • 1946 – Enakmen Kesatuan Sekerja 1940 dikuatkuasakan. (Pejabat Pendaftaran Kesatuan Sekerja ditubuhkan)
  • 1947 – Pendaftaran Kesatuan Sekerja 298 kesatuan /195,113 ahli.
  • 1948 – Enakmen Kesatuan Sekerja 1940 dipinda. Persekutuan Kesatuan sekerja/had keanggotaan.
  • 1948 – Malaya dalam darurat
  • 1959 – Ordinan Kesatuan Sekerja 1959 menggantikan Enakmen 1940 daftar semula Kesatuan /250 kesatuan 175,647 ahli.
  • 1965 – Ordinan Kesatuan Sekerja 1959 di perluaskan ke Sabah dan Sarawak.
  • 1981 – Ordinan Kesatuan Sekerja 1959 dinamakan Akta Kesatuan Sekerja 1959.
  • 1989 – Gelaran Pendaftar Kesatuan Sekerja diganti dengan Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja. Pejabat Pendaftaran Kesatuan Sekerja dikenali sebagai Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja.

OBJEKTIF KESATUAN SEKERJA

  • Mengaturkan perhubunggan yang baik dengan majikan dan pekerja.
  • Supaya keharmonian perusahaan dikekalkan dan juga perpaduan ummah
  • Meningkatkan Produktiviti.
  • Memelihara hak dan kepentingan pekerja melalui program-program pendidikan, ekonomi dan kebudayaan. Dengan tujuan meningkatkan status Sosio ekonomi mereka. 

PERANAN PEMIMPIN

  • Menentukan arah tuju Organisasi
  • Mengujudkan perasaan kepunyaan dan komitment kepada organisasi perhubungan yang berkesan
  • Bimbingan

HAK BERKESATUAN SEKERJA 

Perkara 10 (1) (c) Perlembagaan Persekutuan:

“Semua warganegara adalah berhak menubuhkan kesatuan”

Seksyen 8 Akta Kerja 1955:

“Tiada kontrak perkhidmatan boleh menghadkan hak pekerja untuk menganggotai kesatuan sekerja atau menyertai dalam aktiviti-aktiviti kesatuan sekerja atau menubuhkan kesatuan sekerja”

Seksyen 5 (1) Akta Perhubungan Perusahaan 1967:

Tiada majikan boleh
(a) Mengenakan syarat menyekat hak seseorang menggangotai kesatuan sekerja atau meneruskan keanggotaanya dalam kesatuan sekerja.

TUJUAN KESATUAN SEKERJA

  • Mengatur perhubungan antara pekerja-pekerja dengan majikan majikan bagi maksud menggalakkan perhubungan perusahaan yang baik, memperbaikkan syarat-syarat pekerjaan, memperbaikan status sosial dan ekonomi pekerja-pekerja dan meningkatkan produktiviti.
  • Mengatur perhubungan antara pekerja dengan pekerja atau antara majikan dengan majikan.
  • Mewakili pekerja-pekerja atau majikan-majikan dalam pertikaian perusahaan.
  • Menjalankan atau mengendalikan pertikaian perusahan dan perkara -perkara yang berkaitan dengannya.
  • Menganjurkan atau membiayai mogok atau memperuntukkan gaji atau faedah-faedah lain kepada anggota-anggotanya semasa mogok dijalankan.
  • Menganjurkan dan mengendalikan kursus, seminar, dialog dan sebagainya.
  • Menerbit jurnal, majalah, buletin atau penerbitan lain.
  • Menubuhkan dan mentadbirkan tabung kebajikan dan secara amnya melaksanakan apa-apa objektif kesatuan sekerja yang sah.

LARANGAN KEATAS KEANGGOTAAN PEGAWAI AWAM

  1. Anggota Polis Diraja Malaysia
  2. Anggota Perkhidmatan Penjara
  3. Anggota Angkatan Bersenjata
  4. Pegawai awam yang bertugas dalam jawatan sulit atau keselamatan.
  5. Pegawai awam yang dilarang di bawah undang-undang bertulis daripada menubuh atau menjadi anggota kesatuan sekerja.
  6. Pegawai awam yang memegang jawatan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, kecuali mendapat kelulusan daripada Ketua Setiausaha Negara.

PERSEKUTUAN KESATUAN SEKERJA

  • Congress of Unions of Employees in Public and Civil Services (CUEPACS).
  • Congress of Unions in Teaching Profession
  • Sarawak Wharf Labourers Unions Federation.
  • Federation of Unions of Textile and Garment Industry Workers
  • Persekutuan Kesatuan Pekerja-pekerja Bank dan Institusi Kewangan.

BADAN PERUNDING

Dalam Negara:
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)

Luar Negara:
Public Services International
International Transport Workers Federation
International Metal Workers Federation
International Federation of Petroleum Workers
International Federation of Building and Wood Worker