KESATUAN KAKITANGAN AM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (KKAUTM)

Kesatuan ini telah didaftarkan pada 28 Jun 1989 dengan nombor pendaftaran: 643 dan mempunyai keahlian semasa itu seramai 154 orang yang terdiri daripada kakitangan sokongan gred 40 ke bawah. Mesyuarat Agung yang pertama telah diadakan di Fakulti Alam Bina bagi pemilihan Majlis Jawatankuasa Kerja dan seterusnya kesatuan telah bergabung dalam Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kesatuan Kakitangan Universiti Malaysia (GAKUM). Segala aktiviti KKA adalah terikat di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan dipantau oleh Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS), Kementerian Sumber Manusia.

KKA adalah satu-satunya kesatuan yang ditubuhkan bagi menjaga kepentingan staf sokongan dan menjadi tempat rujukan bagi khidmat nasihat serta perundingan. Diantara objektif kesatuan adalah selaras mengikut Akta Kesatuan Sekerja 1959 seperti berikut:

  • Mencapai matlamat supaya semua pekerja menjadi anggota kesatuan ini menurut syarat-syarat yang ditetapkan didalam peraturan 3(1) dan memajukan kepentingan ahli-ahlinya dalam perkara-perkara perhubungan perusahan, kemasyarakatan dalam pengetahuan.
  • Mengatur perhubungan diantara pekerja dengan majikan bagi maksud melaksanakan perhubungan perusahan yang baik dan menyelesaikan sebarang perselisihan atau pertikaian diantara mereka dengan aman dan bermuafakat.
  • Menyelesaikan apa jua pertikaian hak pekerja kepada majikan mengikut undang-undang Malaysia serta dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959.
  • Memberikan bantuan guaman kepada ahli-ahli berhubung dengan pekerjaan mereka jika dipersetujui oleh Majlis Jawatankuasa Kerja.
  • Secara amnya melaksanakan sebarang tujuan yang halal oleh sesebuah kesatuan sekerja disisi undang-undang.
  • Memberi kesedaran kakitangan menjadi ahli kesatuan untuk bersama-sama memberikan sumbangan berterusan dan memperjuangkan hak-hak didalam undang-undang Malaysia

SENARAI PRESIDEN KKA

  1. En. Yusoff bin Samion (1987 – 1994)
  2. Allahyarham En. Nazri bin Abd Rahman (1994 – 2001)
  3. En. Muhamad Arif bin Yahaya (2001 – 2002)
  4. Tuan Hj. Mudzakir bin Mohd Azib(2004 – 2007)
  5. Tuan Hj. Ansar bin Sidek (2007)
  6. En. Azman bin Hj. Samsuri (2008 – 2010)
  7. En. Bahrim Bin Md Kasim (2011 – 2015 )
  8. En. Azmi Bin Md Rais (2015 – 2022)
  9. Tn. S. Syed Alwi bin Suleiman (2022 – kini)