Bernana
Tarikh kemaskini: 17/07/2017


KUCHING, 17 Julai (Bernama) — Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan mengadakan perjumpaan dengan Kementerian Kewangan pada Jumaat ini untuk berbincang mengenai Bajet 2018.
Presidennya Datuk Azih Muda berkata ia adalah atas permintaan Cuepacs sendiri yang ingin tahu sedikit sebanyak mengenai apa yang sedang disemak dan dirancang kerajaan buat para anggota perkhidmatan awam dalam pelbagai aspek, khusus bagi meringankan beban mereka.

Beliau berkata di samping itu, Cuepacs juga berhasrat untuk memberi cadangan serta buah fikiran mengenai apa-apa kemudahan yang dapat diberi atau kembalikan kepada penjawat awam, dan kepada rakyat secara umumnya…..
UTM Open Day