Bernama
Tarikh kemaskini: 17/08/2017



KSN Dr Ali Hamsa merasmi dan menyampaikan kunci kepada penerima projek PPA1M Aspen, Taman Kuantan Jaya, Kuantan
KUANTAN, 17 Ogos (Bernama) — Sebanyak 126,007 daripada 200,000 unit rumah projek Perumahan Awam 1Malaysia (PPA1M) yang disasar akan dibina menjelang tahun 2020, kini berada dalam pelbagai peringkat pelaksanaan.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata 126,000 unit rumah itu melibatkan 332 projek PPA1M dengan 21 daripadanya itu telahpun berjaya disiapkan, membabitkan 3,379 unit rumah.

“Kebanyakan projek telah dan hampir siap adalah di Putrajaya serta Lembah Klang kerana ramai kakitangan awam di kawasan itu dan usaha giat sedang dilaksanakan bagi mempercepatkan lagi pembinaan projek PPA1M yang lain termasuk di negeri-negeri.

Di Pahang sendiri, kerajaan telah meluluskan 4,629 unit PPA1M termasuk 197 unit rumah PPA1M Aspen, Taman Kuantan yang diserahkan kunci kepada penerima pada hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Kunci PPA1M Aspen, Taman Kuantan Jaya, di sini hari ini yang turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail…..