KKAUTM telah melaksanakan Bengkel Perancangan Strategik bagi merangka dan menetapkan hala tuju kesatuan. Terdahulu Presiden KKA, Tuan Haji S. Syed Alwi Suleiman telah memberikan taklimat mengenai perkembangan dan perancangan KKA untuk mengadakan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan yang akan diadakan pada bulan September 2022.
Bengkel yang diadakan pada 4 hingga 6 Ogos ini turut dihadiri oleh semua exco dan wakil dari UTM Kuala Lumpur. Dalam bengkel ini turut diadakan sesi perkongsian pengalaman dan amanat dari mantan presiden, Tuan Haji Azmi bin Md Rais.