Bernama
21/7/2016
21/7/2016
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) — Cadangan untuk melanjutkan umur persaraan penjawat awam daripada 60 tahun kepada 62 tahun hanya melibatkan antara 1,200 dan 2,000 daripada kira-kira 25,000 penjawat awam yang bersara setiap tahun.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda berkata cadangan itu membabitkan antara lima hingga lapan peratus bakal pesara sahaja, bukan kesemuanya.
“Kita tidak mahu kehilangan penjawat-penjawat awam seperti profesor, pensyarah dan doktor pakar yang sudah mempunyai pengalaman yang cukup berguna kepada kerajaan dan negara,” katanya pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Cuepacs di sini Khamis..


