Bernama
10/6/2016
10/6/2016
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) — Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) mengumumkan program sukuk/bon pertamanya bernilai RM25 bilion, terdiri daripada Program Kertas Komersial Islam/Nota Jangka Sederhana Islam (ICP/IMTN) dan Kertas Komersial Konvensional/Nota Jangka Sederhana (CP/MTN).
“Kami menjangka terbitan pertama untuk program itu pada Julai dan sekitar RM7 bilion hingga RM10 bilion akan diterbitkan pada tahun ini, bergantung kepada penerimaan pasaran,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran program itu di sini hari ini.
Program selama tiga tahun, akan diterbitkan oleh LPPSA bagi beberapa bahagian untuk membiayai pemberian pinjaman perumahan kepada penjawat awam, yang akan dijamin oleh kerajaan, kata Pengerusi LPPSA Tan Sri Dr Mohd Irwan Siregar Abdullah.

— BERNAMA