Berita Harian
Oleh Haryani Ngah aryani@bh.com.my
29/8/2016

SUNGAI BULOH: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menuntut kerajaan menunai janji berhubung bayaran empat insentif kepada kakitangan Persatuan Hal Ehwal Bekas Tentera (PERHEBAT) seperti diumumkan empat tahun lalu. Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda, berkata ketika Perhimpunan Tujuh Agensi Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan (BBDS) yang berlangsung pada 23 Mac 2013, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ada mengumumkan empat insentif kepada kakitangan yang terbabit dalam kategori ini. “Empat imbuhan yang diumumkan itu adalah Imbuhan Tetap Perumahan (ITP), penambahan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) oleh majikan, Saguhati Tamat Perkhidmatan (STP) dan Skim Dana Pencen. “Sudah empat tahun kakitangan PERHEBAT menanti untuk menikmati janji itu. Mereka ingin tahu apakah faktor utama yang membawa kepada masalah itu. “Adakah masih terdekat kelemahan di peringkat birokrasi awam yang bertanggungjawab sehinggakan permasalahan mereka ini tidak dapat diselesaikan sehingga tempohnya menjangkau empat tahun, adakah pengumuman itu dipermainkan dan tidak diambil berat oleh pihak bertanggungjawab kepada PERHEBAT. “Ini adalah satu dasar terbuka dan tindakan pelaksanaan perlu disegerakan,” katanya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Kesembilan Kesatuan Kakitangan PERHEBAT di sini, hari ini.

UTM Open Day