Bernama
21/9/2016

Datuk Azih Muda
ALOR SETAR, 21 Sept (Bernama) — Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mendedahkan terdapat bank di negara ini yang menawarkan skim pemberian pinjaman tanpa slip gaji kepada penjawat awam.
Presidennya Datuk Azih Muda berkata skim itu akan menjerumus penjawat awam berdepan masalah bankrap selain timbulnya isu kemiskinan tegar dalam kalangan mereka.
“Melalui skim ini, penjawat awam dibenarkan membuat pinjaman dengan bank dan potongan terus pada akaun di bank akan dibuat…bakal pesara atau yang sudah bersara juga dibenarkan membuat pinjaman dalam tempoh 10 tahun. Setakat ini, kita ada menerima aduan di mana pesara hanya menerima pencen RM400 manakala bakinya dipotong oleh pihak bank,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU) di sini, hari ini…..


