Bernama
30/9/2016
IPOH, 29 Sept (Bernama) — Kadar simpanan isi rumah terutama penjawat awam di negara ini kurang 0.7 peratus daripada gaji yang diterima, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda.
Sehubungan itu, Azih meminta supaya kerajaan dapat mempertimbangkan untuk mengkaji semula elaun ‘lapuk’ penjawat awam yang sudah 12 tahun tidak dinaikkan.
Katanya antara elaun yang sudah melebihi 12 tahun tidak dinaikkan termasuk elaun perkhidmatan awam, elaun wilayah, elaun perumahan wilayah, elaun bermalam dan elaun lebih masa…..


