Bernama
20/12/2016

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) — Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) perlu terus bekerja keras dan komited dalam memperjuangkan hak dan kebajikan penjawat awam, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

Beliau berkata semenjak pada awal penubuhannya lagi Cuepacs telah berjaya membawa banyak masalah dan isu berkaitan penjawat awam kepada kerajaan bagi diselesaikan.

“Cuepacs telah banyak menyumbang kepada kesejahteraan penjawat awam di Malaysia, selain membawa banyak keluhan dan rintihan daripada penjawat awam, mereka juga telah membawa beberapa cadangan bagi membantu membaik pulih sistem perkhidmatan awam di negara kita,” katanya semasa berucap pada majlis makan malam Konvensyen Kongres Tritahunan Cuepacs ke-27 di sini, hari ini..

UTM Open Day