Bernama
16/1/2017


Oleh Rosmalis Anuar
PUTRAJAYA, 16 Jan (Bernama) — Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa hari ini membuat lawatan mengejut ke dua jabatan kerajaan di sini dan akan meneruskan siri lawatan sedemikian ke jabatan dan agensi kerajaan bagi melihat perkhidmatan yang diberikan selain mengukur kepuasan rakyat.

Beliau mengadakan lawatan mengejut ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Farmasi Hospital Putrajaya bagi mendapatkan maklum balas orang ramai terhadap perkhidmatan yang diberikan.

Merumuskan tinjauannya, beliau secara keseluruhannya berpuas hati terhadap perkhidmatan yang diberikan kedua-dua jabatan berkenaan yang turut melakukan penambahbaikan dalam usaha memberikan layanan terbaik kepada pelanggan mereka…..
UTM Open Day