Berita Harian
Oleh Amir Hamzah Nordin
bhnews@bh.com.my 

20/1/2017

JERANTUT: Ahli Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) bersetuju sebulat suara untuk menyertai Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS). Presidennya, Datuk Mohamad Sabri Mohd Arsad, berkata KGMMB yang mempunyai ahli seramai 46,000 sudah

“Syukur, semuanya sudah selesai dan ahli juga bersetuju menyertai badan induk kesatuan sekerja bagi memperkasakan lagi KGMMB seterusnya memberi lebih manfaat kepada semua penjawat awam khususnya dalam perkhidmatan pendidikan. “Malah, penyertaan ini memberi banyak ruang untuk kesatuan memperjuangkan nasib dan kebajikan penjawat awam,” katanya ketika dihubungi BH Online hari ini. Mohd Sabri juga meminta guru muda menyertai KGMMB bagi mengukuhkan suara pendidik di seluruh negara serta mengasah bakat sebagai pemimpin kesatuan perguruan pada masa hadapan.

“Barisan pemimpin kesatuan guru ketika ini ramai yang sudah berusia dan berharap guru muda boleh mengambil alih kepimpinan masa kini demi memperjuangkan nasib guru yang semakin mencabar,” katanya.

lama memohon untuk menyertai CUEPACS tetapi perlu menyelesaikan beberapa masalah teknikal terlebih dahulu.