Bernama
25/1/2017
KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) — Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan menangguhkan penutupan pejabat Tourism Malaysia di seluruh negara bagi memberi ruang kepada kira-kira 230 kakitangan terlibat membuat persediaan.Presidennya, Datuk Azih Muda berkata penutupan serta merta 14 pejabat pelancongan itu dilihat terlalu drastik memandangkan kakitangan terlibat perlu menguruskan hal seperti pertukaran, mencari rumah dan perpindahan sekolah anak.
“Cuepacs berharap dapat bertemu dengan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz untuk berbincang mengenai hal ini dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media di sini hari ini…..


