Bernama
13/11/2016

KLANG, 13 Feb (Bernama) — Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa melahirkan rasa kesal dengan aduan terdapat pengamal perubatan di hospital kerajaan yang terpaksa dibuang kerja berikutan ketidakhadiran ke tempat kerja untuk tempoh masa yang begitu lama.
Beliau berkata mengikut laporan yang diterima dari Jawatankuasa Tatatertib Kementerian Kesihatan, ada beberapa pegawai baharu yang menjalani latihan gagal hadir ke tempat kerja untuk tempoh masa lama sehingga mencecah ratusan hari dipercayai kerana tidak dapat menerima tekanan di tempat kerja.

Katanya, perkara ini perlu ditangani secara baik oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan kementerian itu berikutan ia boleh memberikan kesan terhadap nama baik profesionalisme pengamal perubatan dan imej negara…..
UTM Open Day