Bernama
15/2/2017
KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) — Cuepacs hari ini menolak cadangan bekas ketua setiausaha perbendaharaan, Kementerian Kewangan Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim supaya kerajaan mengecilkan saiz perkhidmatan awam di negara ini.
Presidennya Datuk Azih Muda berkata cadangan itu tidak munasabah dan bercanggah dengan realiti keadaan semasa apabila negara sebenarnya masih mengalami kekurangan kakitangan dalam sektor awam.
Katanya perbandingan jumlah penjawat awam negara ini dengan negara lain adalah tidak tepat kerana negara lain mengasingkan perkhidmatan pendidikan, tentera, polis dan kesihatan di luar sektor awam…..