Bernama
11/4/2017
11/4/2017
Datuk Azih Muda (Gambar fail Bernama)PUTRAJAYA, 11 April (Bernama) — Kementerian Wilayah Persekutuan bersetuju menyediakan sebidang tanah di Putrajaya bagi pembinaan rumah mampu milik di bawah harga RM100,000 khusus untuk penjawat awam.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda berkata persetujuan itu dinyatakan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam pertemuan dengan Cuepacs di kementerian itu hari ini.
“Cuepacs membangkitkan soal kesukaran penjawat awam membeli rumah. Kita berterima kasih kepada Tengku Adnan di atas kesediaannya untuk mendapatkan sebidang tanah bagi tujuan itu secepat mungkin,” katanya pada sidang media selepas pertemuan itu…..


