Bernama
18/9/2016


GEORGE TOWN, 18 Sept (Bernama) — Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) tidak menyokong cadangan pengurangan waktu bekerja kepada enam jam sehari.
Presidennya Datuk Azih Muda berkata, mereka yang bersetuju dengan cadangan untuk mengurangkan waktu kerja daripada lapan jam sekarang kepada enam jam hanyalah mereka yang malas.

“Tiada siapa yang bekerja lapan jam secara berterusan. Pekerja keluar untuk waktu rehat minum kopi atau keluar untuk mengambil anak pulang dari sekolah dan lain-lain. Oleh itu, CUEPACS membantah idea tersebut,” katanya pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat Kesatuan Anggota KEMAS di sini hari ini…..
UTM Open Day