Bernama
Tarikh kemaskini: 20/07/2017
KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) belum menerima maklum balas daripada kerajaan mengenai tuntutannya agar menubuhkan Majlis Perundingan Gaji Kebangsaan (MPGK) sejak Disember tahun lalu.
Presidennya Datuk Azih Muda mahu penubuhan MPGK dipercepatkan bagi memudahkan perbincangan di antara Cuepacs dan kerajaan mengenai isu-isu berbangkit berkaitan penjawat awam di seluruh negara.
“Cuepacs tidak menggunakan pendekatan dengan memberi tekanan kepada kerajaan kerana kami (Cuepacs) percaya proses perundingan lebih penting agar ia lebih berjaya dan meyakinkan. Ini kerana dengan menggunakan tekanan, ia tidak akan menguntungkan sesiapa,” katanya kepada pemberita pada majlis Jalinan Kasih Silaturahim Aidilfitri Cuepacs di Pusat Konvensyen CIDB, dekat sini hari ini…..