Sinar Harian
24/10/2017



Cuepacs bentang syor Keptan KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan membentangkan cadangan dan keluhan Kesatuan Pembantu Tadbir (Pendidikan) Semenanjung Malaysia (Keptan) kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada bulan depan.

“Kita mohon supaya kerajaan kaji semula penstrukturan dan menaik taraf jawatan pembantu tadbir bagi kedua-dua penjawatan berkenaan bersesuaian dengan beban tugas yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.

“Penstrukturan semula Kementerian pendidikan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bermula tahun ini melalui pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025,” katanya sempena majlis perasmian Persidangan Keptan Semenanjung Malaysia dan MoU Keptan bersama Takaful Ikhlas Berhad.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia, Qalam Zainuddin Sani; Naib Presiden Takaful Ikhlas Berhad, Sheikh Abdul Rahman Sheikh Abdullah dan Presiden Keptan Semenanjung Malaysia, Adnan Ahmad.

Keptan merupakan Kesatuan Pembantu Tadbir (pendidikan) Semenanjung Malaysia yang berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, Kementerian Sumber Manusia pada tahun 1995.

Keptan kini mempunyai jumlah keahlian seramai lebih 12,000 dan 79 cawangan di seluruh semenanjung Malaysia (mengikut pejabat pendidikan daerah, jabatan pendidikan negeri dan bahagian KPM).