Bernama
6/4/2017

MUAR, 6 April (Bernama) — Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan agar kerajaan menubuhkan sebuah majlis perundingan bagi mengawal kenaikan harga rumah, kata Presidennya Datuk Azih Muda.
Beliau berkata usaha itu mesti dilaksanakan segera kerana kerajaan perlu mengawal harganya dan bukan mengikut ketetapan pemaju perumahan semata-mata.

Beliau berkata berdasarkan aduan yang diterima Cuepacs, 40 peratus permohonan pinjaman pembiayaan perumahan oleh penjawat awam melalui bank mahupun Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) ditolak berikutan gaji mereka yang tidak mencukupi…..
UTM Open Day