Bernama
14/9/2016
14/9/2016
PUTRAJAYA, 14 Sept (Bernama) — Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan diwujudkan satu klausa pengecualian kepada pemandu kenderaan kerajaan
daripada dikenakan tindakan pemotongan mata demerit apabila Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) dan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dijalankan serentak nanti.
Presiden CUEPACS Datuk Azih Muda berkata pelaksanaan serentak dua sistem itu akan memberi kesan kepada lebih 50,000 pemandu kenderaan kerajaan, yang ada ketikanya terpaksa memandu melebihi had kelajuan ditetapkan atas faktor kepentingan urusan kerajaan.
Pemandu kenderaan polis, ambulans, bomba serta menteri antara yang tidak terkecuali dalam pelaksanaan sistem Kejara dan AES apabila ia dilaksanakan kelak…..